Top Ad 728x90

Gadis tidak kenal tubuh badan

Masyarakat hari ini masih kurang terbuka berbicara topik mengenai tubuh badan.

Berdasarkan kajian jenama penjagaan wanita, Kotex di beberapa negara Asia termasuk Malaysia, tubuh badan adalah isu penting bagi gadis remaja.

Justeru, Kotex tampil menerbitkan buku khas buat gadis remaja berjudul Tentang Gadis yang berkisar mengenai perhubungan, haid, seksual dan tubuh badan.

Pengarah Urusan Kimberly-Clark Malaysia/Singapura, Nathan Kandapper, berkata kajian itu mendapati kebanyakan gadis remaja mempunyai pengetahuan sangat rendah terhadap tubuh badan mereka.

Beliau berkata, pihaknya mendapati sembilan daripada 10 gadis remaja memerlukan seseorang sebagai rujukan jika berlaku sesuatu perubahan dalam hidup mereka.

Katanya, gadis remaja juga disogokkan pelbagai mitos, malah ada ibu bapa mengelak memberikan jawapan tepat.

"Setiap gadis remaja mempunyai naluri ingin tahu mengenai perubahan berlaku dalam diri mereka sama ada secara fizikal atau mental.

"Justeru, Kotex tampil memberi maklumat berkaitan tubuh badan yang diperlukan gadis remaja," katanya.

Buku itu ditulis selebriti terkenal, Azah Yazmin Yusof.

"Ia ditulis dan diterbitkan berdasarkan maklum balas menerusi program lawatan serta pelbagai temuramah secara berkumpulan," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian buku berkenaan di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Turut hadir Naib Presiden Pembangunan dan Penggabungan Pasaran Dewasa dan Penjagaan Wanita, Mercedes Bazterrica; Naib Presiden Rangkaian Penjagaan Dewasa dan Wanita Asia Selatan, Kenneth Whitaker; Pengurus Pemasaran Rangkaian Penjagaan Wanita Kimberly-Clark Malaysia/ Singapura, Hamidah Muhamed Helmei serta fasilitator Kotex Unbound yang juga penyanyi terkenal, Dina dan Lavin Seow.

Sementara itu, Hamidah berkata, pihaknya mengambil masa enam bulan menyiapkan buku itu dengan kos kira-kira RM100,000.

Katanya, pemilihan Azah sebagai penulis bertepatan kerana selebriti itu banyak terbabit dengan program ke sekolah dan diumpamakan kakak kepada pelajar.

"Kami mencetat 60,000 naskhah buku itu dan diedarkan percuma di sekolah melalui lawatan program Kotex Unbound.

"Gadis remaja boleh mendapatkan buku itu dengan memuat turun kandungannya menerusi laman web www.kotex.com.my," katanya.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90