Nik Aziz ajak Najib berdebat
Menteri besar Kelantan itu juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada perdana menteri untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat, lapor Bernama.
"Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno," beliau dipetik berkata selepas mengimamkan solat sunat dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu pagi ini.
Turut hadir pada majlis sempena sambutan Bulan Sembahyang itu exco pendidikan, pembangunan Islam dan dakwah Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Nik Aziz dilaporkan berkata hasrat mengadakan perdebatan itu dibuat susulan tindakan Pemuda Umno negeri membuat aduan polis kelmarin berhubung kenyataannya dalam satu ceramah politik 21 Jun lalu, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.
Katanya lagi, perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.
Nik Aziz dilaporkan menyamakan Umno dengan ajaran sesat Ayah Pin dan komunis.
- MALAYSIAKINI
pas dan umno susah nak berbincang selagi ada pemimpin melayu seperti nik aziz. apa yang dia cakap semua dianggap betul. Pendapat orang lain termasuk Ustaz haji hadi pun tak diterima beliau walaupun ustaz hadi adalah pemimpin beliau. apa lagi pandangan orang umno yang sah ditentang beliau. Beliau lebih rela berpelok dengan Karpal Singh, Kit Siang dan Guan Eng dari duduk bersila bersama orang melayu islam yang lain... itulah nik aziz yang rasa dia MAKSUM....Nauzubillah.......MELAYU RASA TERHINA