Reaktor Nuklear di Gong Badak?


Oleh FAISAL TEHRANI

Saya tertarik hati yang teramat-amat dengan niat Malaysia untuk mencontohi Korea Selatan dalam membangunkan reaktor nuklear berskala kecil. Ia adalah bertujuan untuk menjana tenaga. Saya difahamkan oleh rakan-rakan saintis di UKM yang tenaga nuklear lebih selamat dan murah berbanding loji janakuasa yang menggunakan arang batu. Patutlah Republik Islam Iran beria-ia membangunkan beberapa loji nuklear sehingga disalahertikan oleh banyak pihak khusus Israel dan Amerika Syarikat.

Saya juga difahamkan yang Perdana Menteri rakyat tersayang kita, Datuk Seri Najib Tun Razak berpandangan Korea Selatan mempunyai kelebihan berbanding negara lain. Walaupun hati saya berkehendak mengatakan apa lah salahnya Malaysia bekerjasama dengan Iran dan Pakistan (dua negara umat Islam yang mempunyai kuasa dan kepakaran nuklear) tetapi segera memahami; yang tentu sahaja negara kita tidak mahu 'menjolok' perhatian negara kuasa besar, dan negara kecil (tetapi menjadi proksi kuasa besar) seperti Singapura.

Saya menyokong niat murni ini kerana ia akan memberi peluang rakyat (khusus umat Islam di Malaysia) kita mengembangkan bakat dan pengetahuan mereka dalam sains nuklear.

Walaupun demikian buat masa ini saya berharap reaktor nuklear tersebut tidak akan dibina di Trengganu terutamanya di Gong Badak. Bukan apa, kita bimbang lain pula nanti jadinya - bukan kepakaran yang kita perolehi - sebaliknya 1malapetakaMalaysia yang akan kita galas.

Mungkin juga bila sudah siap reaktor nuklear tersebut kita wajar memberi penghormatan kepada 'wanita pertama' kita merasmikannya. Bukan apa, beliau telah menunjukkan kewibawaan tiada tolok banding ketika merasmikan kapal selam Malaysia yang pertama (scorpene) KD Tunku Abdul Rahman dengan membuka botol air dan merenjiskan badan kapal selam bertuah tersebut.

FAISAL TEHRANI
http://tehranifaisal.blogspot.com
Next Post Previous Post
2 Comments
  • Nuyu Yusof
    Nuyu Yusof Khamis, 4 Jun 2009 pada 9:49:00 PG SGT

    di gong badak????
    oh tidak!
    saya belajar disini..ngehh3
    :p

  • PHIRDOTE
    PHIRDOTE Khamis, 4 Jun 2009 pada 10:19:00 PG SGT

    sy fikir bgus jgk wat reaktor yg lebih murah kosnya dr arang batu..:)

Add Comment
comment url