AmBank lancar Pembayaran Balik Pinjaman Antara Bank (IBLR)

AmBank (M) Bhd. hari ini melancarkan kemudahan terbarunya, Pembayaran Balik Pinjaman Antara Bank (IBLR) yang membolehkan bukan pemegang kad ATM AmBank membuat bayaran pembiayaan di mana-mana ATM bank itu.

Melalui kemudahan itu, individu yang bukan pemegang kad ATM AmBank boleh memindahkan dana mereka ke mana-mana akaun simpanan dan semasa merentasi bank pada masa sebenar melalui rangkaian Meps.

Dengan IBLR, orang ramai boleh menjelaskan pinjaman gadai janji pembiayaan kereta, kad kredit boleh menikmati kemudahan tersebut dengan menggunakan kad Meps di mana-mana ATM AmBank.

Bank yang terlibat dalam transaksi itu ialah Agro Bank, Bank Rakyat, CIMB Bank, EON Bank, Hong Leong Bank, RHB Bank, Maybank dan Public Bank.

AmBank adalah institusi perbankan pertama yang menawarkan kemudahan inovatif itu.

Pengarah Urusan Perbankan Runcitnya, Datuk Mohamed Azmi Mahmood berkata, perkhidmatan terbaru yang ditawarkan itu merupakan strategi AmBank untuk memperkenalkan kemudahan kepada pelanggan AmBank serta mesra pelanggan.

Menurutnya, setiap IBLR yang berjaya melalui ATM AmBank, yuran transaksi Meps yang dikenakan ialah sebanyak RM1 kepada individu yang bukan pemegang kad ATM AmBank.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url