Top Ad 728x90

Drama ‘thriller’ Jejak temui penonton di TV2

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran Dunia Ria TV2 bakal menayangkan sebuah drama ’thriller’ dengan mengetengahkan plot cerita yang menarik dan penuh misteri terbitan Television Airtime Services.

Drama tersebut yang diberi judul ‘Jejak’ memaparkan kisah menarik seorang pemuda yang cuba membongkar misteri kehilangan teman wanitanya dalam sebuah hutan.

Fezrol Khan, Raja Azery, Aishah Mohd Desa, Eira Syazira, Yatt Hamzah, Fetty Dzul dan Zack Taipan antara pelakon utama yang berpadu tenaga menjayakan sebuah drama yang penuh aksi dan detik mendebarkan dengan babak suspens.

Drama ini bermula apabila Saiful yang sering bermimpi mengenai kejadian kehilangan kekasihnya, Rika ketika menyertai sebuah ekspedisi perkhemahan di dalam sebuah hutan. Mimpi yang berulang kali itu membuatkan Saiful nekad untuk masuk kembali ke dalam hutan tersebut untuk menjejaki Rika. Ekspedisi menjejaki Rika turut ditemani oleh rakan-rakan Saiful iaitu Kudin, Aishah, Yus dan Mimi.

Pelbagai cabaran serta kejadian misteri berlaku semasa mereka berada di dalam hutan. Walau bagaimanapun Saiful tetap menghadapinya dengan tenang dan sabar.

Saiful sering diganggu oleh bayangan Rika yang sentiasa di dalam fikirannya sehinggalah dia menemui beberapa petanda yang menyatakan Rika masih hidup

Pencarian mereka mula menghadapi masalah apabila seorang demi seorang hilang dan ditemui mati.

Ini telah menambahkan tekanan kepada Saiful sehinggalah muncul seorang lelaki tua menceritakan segalanya. Rika yang dijejaki sebenarnya sudah mati dan ada dalang yang melakukan semua itu.

Siapakah dalang yang dicari-cari Saiful itu? Jangan ketinggalan menyaksikan ‘Jejak’ mengisi slot Mustika @ 2 pada 31 Julai 2009 (Jumaat), jam 10 pagi di TV2.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90