Top Ad 728x90

,

Yang di Pertuan Agong rasmi bangunan DUN Sarawak


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam berangkat merasmikan bangunan baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berharga RM300 juta sebagai satu mercu tanda terkini di Kuching yang tersergam indah di atas bukit dan menghadap Sungai Sarawak.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah serta Raja-Raja Melayu atau wakil dan Yang Dipertua Negeri.

Bangunan sembilan tingkat yang mempunyai bumbung berbentuk terendak, topi yang dipakai oleh masyarakat Melanau manakala reka bentuk dalamannya, yang menggabungkan pelbagai budaya Sarawak, dihasilkan oleh juruukir mahir dari Uzbekistan.

Mesyuarat ke-218 Majlis Raja-Raja akan berlangsung di bangunan baru itu hari ini.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dalam ucapan menyifatkan perubahan dan kesinambungan yang dialami dalam tempoh lebih 100 tahun dalam sejarah DUN Sarawak menjadi bukti penerimaan model berparlimen di negeri itu.

Beliau berkata sebagai dewan perundangan tertua di negara ini, DUN Sarawak perlu menjalani perubahan evolusi sejajar dengan ikon politik pada abad ke-21 dan selepas itu.

"Seperti juga negeri di Semenanjung dan Sabah, Sarawak mempunyai keperibadian politik, budaya politik dan tradisi politiknya sendiri dan evolusi perkembangan berparlimen dengan jelas membuktikan interaksi budaya dan keharmonian erat di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negeri ini, " katanya.

Katanya, sejak ia kali pertama bersidang di Bintulu pada 8 September 1867, di dalam sebuah bangunan kayu, DUN Sarawak mengalami pelbagai perubahan dengan kini ia mempunyai 71 wakil yang mewakili setiap kawasan di negeri ini.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90