Top Ad 728x90

Murid KAFA belajar di padang - Jawatankuasa penduduk halang guna surau


Seramai 58 orang murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang semalam terpaksa belajar di padang selepas didakwa disekat daripada memasuki surau Assaudin yang dijadikan kelas sementara sejak dua tahun lalu.

Mereka juga terpaksa menikmati makanan pada waktu rehat di lokasi yang sama.

Seorang bapa, Azman Hashim ketika ditemui berkata, dia kesal dengan sikap jawatankuasa penduduk di situ yang berkeras mahu mengosongkan surau walaupun penggunaannya untuk kelas KAFA mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sementara menunggu kelas baru siap.

"Jawatankuasa penduduk mahu surau itu dikosongkan dengan alasan hendak mengaktifkan kembali aktiviti jemaah sedangkan perumahan di sini dekat dengan masjid.

"Dalam mesyuarat bersama jawatankuasa baru-baru ini, saya telah minta mereka tangguhkan dahulu pengambilalihan surau tetapi mereka tetap berkeras," katanya.

- KOSMO!

1 Comment:

  1. ORG Klate

    YB Dato' Hassan Ali !!!!!

    Tolong tengokkan, masalah ni, jangan biarkan kadok naik junjung, yang jadi mangsa adalah pelajar sekolah (anak2 kita yg tak tahu apa),yg buat hal tu betul ke AJK masjid atau ada dalang yg nak tengok kerajaan PR tercemar imejnya.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90