Tayar celup selamat dan boleh dipercayai

Tayar celup selamat dan boleh dipercayai, kata Sun Tyre Industries Sdn. Bhd. (Suntex), syarikat tayar celup terbesar di Malaysia.

Menurut Pengurus Besar Suntex, Chin Hon Meng, ramai yang tersalah anggap mengenai tayar celup dan mereka terkeliru dengan tayar potong atau toreh, yang dilaporkan sebelum ini sebagai tayar yang tidak selamat.

Hon Meng menjelaskan, tayar celup digunakan secara meluas di negara Barat selain lebih 60 peratus industri di Malaysia, termasuk pertanian, perlombongan, pengangkutan awam dan pengendalian kargo.

"Banyak kenderaan perdagangan ringan dan industri menggunakan tayar celup. Kira-kira 80 peratus pesawat dunia juga menggunakan tayar celup," katanya di sini semalam.

Menurut beliau, tayar celup juga dihasilkan bagi mengurangkan kos operasi kenderaan perdagangan, mengurangkan pelupusan tayar sekerap dan menjimatkan sumber asli dan tenaga.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url