2 KAEDAH MENAMBAHKAN KEUNTUNGAN PERNIAGAAN

Oleh Irfan Khairi

KAEDAH #1

Dalam perniagaan, kita mesti selalu menambahkan prospek kita. Salah satu kaedahnya adalah dengan mencari pasaran baru untuk produk atau perkhidmatan kita yang sedia ada. Sekiranya anda dapati produk dan perkhidmatan anda kini berjaya disesuatu pasaran, apa kata kembangkan pasaran tersebut. Bukan mencari pasaran yang segalanya berbeza... tetapi... Cari demografi yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti pasaran yang berjaya itu, tapi, mungkin di tempat lain.

Contoh kes study: Sejak 2005, Workshop Jutawan Internet mendapat sambutan hangat di Kuala Lumpur... sampai sekitar 2007 tak silap baru Workshop dijalankan di luar KL. Itu pun setahun 2-3 kali. Masuk 2009,sebulan 2-3 kali pula Workshop di jalankan di luar KL. Pada bulan depan May, kami akan menjalankan workshop di Kuala Lumpur, Kuching dan juga Kota Kinabalu. Jadi, mereka yang berada di Sabah & Sarawak juga berpeluang menyertai workshop perniagaan Internet ini. Workshop Jutawan Internet menggunakan tip hari ini, iaitu mencari pasaran baru. Tak kira apa pun perniagaan anda, anda perlu mencari lebih ramai prospek di pasaran-pasaran baru untuk berkembang. Kalau menjual nasi lemak, sebelum ini di pejabat-pejabat... apa kata anda dapatkan pasaran baru di Kilang. Kalau ada kedai dobi sebelum ini hanya mendapat pasaran pelajar-pelajar universiti, apa kata, approach juga pasaran profesional yang takde masa nak cuci baju. Kalau ada perkhidmatan catering yang selama ni membuat catering majlis perkahwinan di KL sahaja, buka satu lagi cawangan di JB. Dalam kata yang lain, untuk mencari pasaran baru, tanya pada diri anda sendiri, bagaimana perniagaan anda boleh membuka cawangan lain? (cawangan perniagaan! jangan fikir cawangan lain lak...:))

KAEDAH #2

Tip lepas untuk menambahkan keuntungan adalah dengan cara menambahkan pasaran. Bila kita tambahkan pasaran ke market yang baru, maka, jumlah prospek pun bertambah. Prospek bertambah =pelanggan bertambah = keuntungan bertambah. Tapi, satu lagi perkara yang patut kita lakukan dalam waktu yang sama juga adalah tambahkan conversion rate pelanggan kita. Conversion rate bermaksud nisbah prospek yang menjadi pembeli. Contohnya, kalau perniagaan Internet, dalam 100 pelawat, berapa yang membeli? Mungkin sorang membeli. maka, nisbahnya adalah100:1 Kalau perniagaan konvensional, mungkin di kira daripada jumlah orang yang masuk kedai anda. Katalah anda mempunyai SPA. Sehari, 50 prospek masuk ke SPA anda dan bertanyakan perkhidmatan anda. Daripada 50 tu, berapa yang membeli perkhidmatan anda? Mungkin 10...maka, nisbahnya adalah 5:1 Sekiranya anda menjalankan perniagaan insurans, berapa ramai yang mendaftar untuk insurans anda bagi setiap prospek yang anda jumpa sehari? Kata lah anda jumpa 5 prospek sehari. Dan yang mendaftaradalah 2 orang. Maka, nisbah adalah 5:2.

Langkah #1 Ketahui conversion rate atau nisbah prospek:pelanggan untuk perniagaan anda. Ini adalah penting supaya kita tahu sama ada perniagaan kita efektif atau tidak. Contoh seperti 100:1, 5:1 dan5:2 diatas.

Langkah #2 Tingkatkan conversion rate, iaitu daripada 100 pelawat laman web, boleh tak dapatkan 4 pelanggan? Daripada 5 prospek yang masuk kedai anda, boleh tak ubahkan 3 menjadi pelanggan? Daripada 5 prospek yang anda jumpa, boleh tak ubahkan 3 mendaftar. Jadi, mengikut contoh di atas, nisbah prospek:pembeli menjadi100:3, 5:3 dan 5:2. Bila kita berjaya tingkatkan conversion rate, maka, kita akan mendapat untung yang lebih pada jumlah pelanggan yang sama. Dengan hanya menambah conversion rate, keuntungan pun bertambah. Cara menambahkan conversion rate?
Fokus kepada:
* Pastikan sasaran adalah bertepatan
* Menambahkan nilai dan manfaat produk & perkhidmatan anda
* Memperbaiki cara anda menutup jualan/memujuk pelanggan
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url