Nik Aziz puji layanan Najib di SEZ-ECER

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, memuji layanan luar biasa Datuk Seri Najib Razak sepanjang lawatannya ke pelancaran Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) di Pekan, Pahang, kelmarin.

Beliau berkata, penghormatan yang tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini dilihat sungguh cantik, di samping senyuman pemimpin Kerajaan Pusat serta kehebatan kawasan itu yang tiada tolak bandingnya.

"Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyumnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap ‘corridor of power’ untuk pelabur luar negara, sungguh hebat," katanya kepada pemberita sejurus menyambut kumpulan seramai 50 penduduk Kelantan yang menyertai misi melawat pelantar minyak di kawasan 170 kilometer dari pantai Tumpat.

Nik Aziz diminta mengulas lawatannya ke perasmian SEZ-ECER oleh Perdana Menteri di Pekan, kelmarin. - Bernama

SEZ-ECER adalah zon ekonomi khas pertama negara meliputi Kertih di Terengganu hingga ke Tanjung Agas di Pekan yang akan menyumbangkan 80 peratus kepada hasil keluaran ekonomi ECER.

Perdana Menteri berkata zon ekonomi khas mampu menarik pelaburan RM90 bilion dan menyediakan 220,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 dan adalah yang pertama di Malaysia.

Nik Aziz berkata beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sedia mengundangnya bersama pemimpin lain melawat kawasan itu yang dianggap memang luar biasa dari tempat-tempat lain.

- BERNAMA
Next Post Previous Post
3 Comments
  • Sharps Shooters
    Sharps Shooters Khamis, 6 Ogos 2009 pada 10:08:00 PG SGT

    kan elok camtu daripada berkata buruk2 tentang kerajaan pusat? kalau kelantan sertai kerajaan pusat.. mmg untung rakyat kelantan ... daripada pakatan rakyat yang hanya mahir menjatuhkan kerajaan walhal dorang sendiri bukan sebagus mana.

  • nuar bekas banduan
    nuar bekas banduan Khamis, 6 Ogos 2009 pada 10:35:00 PG SGT

    Apa yang dia cakap mungkin dari hatinya yang ikhlas tetapi bila dah berjumpa dengan penasihat2 dari puak erdogan nadanya mungkin akan berubah.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 6 Ogos 2009 pada 11:33:00 PG SGT

    Nik ajis ni tak boleh pakai sangat cakap dia .
    dalam tempoh 24 jam boleh berubah........
    mati idup balik pun aku tak percaya org tua ni.

Add Comment
comment url