Kuat kuasa larangan pondok semak pemilih

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menguatkuasakan sepenuhnya larangan berkempen pada hari pengundian dan kewujudan pondok semak pemilih ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Ia bagi mengelak sebarang kekecohan, seperti yang berlaku ketika pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan, bulan lalu.

SPR juga memutuskan pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir tetap diteruskan walaupun penularan wabak Infulenza A (H1N1) semakin serius di negara ini kerana peruntukan perlembagaan menetapkan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari jika berlaku kekosongan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pihaknya memutuskan tiada lagi kompromi dalam hal kempen dan 'pondok panas' kerana ia membabitkan integriti SPR.

"Kekecohan pada hari pengundian di Manek Urai menjadi pengajaran supaya lebih tegas menguatkuasakan larangan itu.

"Kita longgarkan syarat itu ketika di Manek Urai, bagaimanapun ia mengakibatkan kekecohan. Ia (kekecohan) satu kejadian yang amat memalukan kerana parti politik dan penyokong mereka tidak mengikut peraturan ditetapkan sehingga timbul kekecohan.

- BERITA HARIAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url