Tambang baru bas ekspres raya

Harga tiket bas ekspres pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini akan mengikut kadar tambang baru iaitu 8.5 sen bagi setiap kilometer seperti yang diluluskan kerajaan pada 1 Ogos lalu.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, caj tambahan RM3 turut dibenarkan bagi setiap tiket bas ekspres tambahan.

Menurut beliau, LPKP akan mengeluarkan Lesen Perubahan Sementara (LPS) bagi memastikan bas-bas ekspres mencukupi untuk menampung keperluan orang ramai.

"Permohonan LPS dibuka mulai 22 Ogos hingga 18 September ini dan sah tujuh hari sebelum serta tujuh hari selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu dari 13 hingga 28 September," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Halimah memberitahu, hanya bas-bas berusia tidak melebihi 15 tahun dibenarkan untuk dijadikan bas ekspres tambahan.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url