Berjenama tetapi murah

Jenama-jenama terkenal pakaian bayi dan ibu mengandung seperti Ralph Lauren, Monsson, BabyGap, Zara Baby, Next, GapMaternity dan Mamas&Papas adalah antara yang boleh didapati pada harga yang lebih rendah di laman sesawang stylingdarling.com

Di mana anda boleh dapatkan pakaian berjenama antarabangsa terkenal pada harga yang berpatutanuntuk bayi dan ibu mengandung?

Baik untuk bayi perempuan atau bayi lelaki baru lahir sehingga usia tiga tahun, laman sesawang stylingdarling.com adalah jawapannya.

Menurut Pengarah Urusan Pemasaran stylingdarling.com, Intan Baizura Ismail, 26, laman web yang dilancarkan enam bulan lalu itu menawarkan pelbagai fesyen terkini khusus buat bayi dan ibu mengandung.

"Semua orang kini boleh memiliki pakaian jenama antarabangsa untuk bayi dan ibu mengandung dengan lebih mudah pada harga serendah RM19 sepasang," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain pakaian bayi, beberapa aksesori jenama terkenal antarabangsa turut ditawarkan kepada pelanggan.

Antara jenama pakaian bayi yang ditawarkan di stylingdarling.com adalah Ralph Lauren, Monsson, BabyGap, Zara Baby, Next dan M&S.

"Baju bayi paling mahal yang dijual di stylingdarling.com berharga RM113 sepasang. Harga ini sebenarnya amat rendah. Jika di pasaran tempatan, baju dengan jenama Zara Kids ini mungkin dijual pada harga kira-kira RM300 sehelai," katanya.

Untuk baju ibu mengandung pula, jenama yang ditawarkan termasuklah GapMaternity, NextMaternity dan Mamas&Papas.

Menurut Intan Baizura, kesemua pakaian yang dijual di stylingdarling.com didatangkan dari Eropah.

"Kami mempunyai wakil jualan di sana. Mereka bukan sekadar membuat tempahan dan mengambil tempahan yang kami minta. Bahkan, mereka juga akan memantau rekaan terkini untuk kami tawarkan kepada pelanggan di Malaysia," katanya.

Selain itu, Intan juga memberi jaminan sekiranya pakaian yang dibeli mempunyai masalah, barang itu akan ditukar tetapi sebarang kos penukaran perlu ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.

"Jangan risau. Kami ada polisi pulang balik barang. Namun, kosnya ditanggung sendiri oleh pelanggan yang tidak berpuas hati selepas membuat pilihan," katanya.

Menurutnya, perniagaan cara ini menjimatkan kos sewa kedai, selain menjamin pakaian yang diiklankan adalah mengikut fesyen terkini.

Katanya, tujuan perniagaan dalam talian ini adalah untuk memenuhi kehendak pengguna yang begitu mementingkan gaya, khususnya golongan ibu bapa moden.

Perbezaan stylingdarling.com dengan perniagaan dalam talian yang lain adalah dari segi jenama, rekaan, harga dan perkhidmatan.

"Koleksi pakaian akan dipilih berdasarkan apa yang sesuai dengan kecenderungan pengguna tempatan.

"Di negara ini, susah untuk kita melihat anak-anak memakai pakaian yang bergaya. Apa yang kami lakukan ini mungkin satu pendekatan yang baik," katanya.

Sempena pengenalan stylingdarling.com, pelanggan yang membuat pembelian lebih daripada RM200 layak menerima sebuah tempat meletak baju tidur secara percuma.

Apa yang perlu dilakukan adalah melayari laman web, pilih dan buat pembayaran secara dalam talian. Dalam tempoh tiga hingga empat hari, barang yang ditempah akan dihantar terus ke rumah anda dengan kos penghantaran serendah RM3.30.

Untuk membuat tempahan, sila layari laman web www.stylingdarling.com
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url