PM berpantun seru pemandu berhati-hati sempena raya

Menjelang Hari Raya ini, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengingatkan pemandu dan penunggang motosikal agar mengutamakan
keselamatan diri sewaktu di jalan raya.

Dalam satu nasihat menerusi tayangan video yang disiarkan semasa pelancaran Program Mesej Peribadi Perdana Menteri Sempena Hari Raya di Fakulti Perubatan, Universiti Putra Malaysia hari ini, beliau turut menyampaikan serangkap pantun yang berbunyi:

Satu Malaysia Bersatu Padu,
Bersatu Padu Penuh Semangat,
Pesanan Saya Buat Pemandu,
Pandu Cermat Jiwa Selamat.

Najib juga membuat saranan yang sama kepada generasi muda dan penuntut universiti, golongan yang beliau sifatkan sebagai aset penting kepada masa depan negara.

Program itu adalah satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha merapatkan serta memesrakan hubungan perdana menteri khususnya dengan golongan muda.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang melancarkan program itu, berkata mesej Perdana Menteri membuktikan keprihatinan dan fokus istimewa beliau kepada golongan mahasiswa dan mahasiswi di negara ini.

- BERNAMA
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url