Top Ad 728x90

,

Kakitangan kerajaan - 'Lebih kuah daripada sudu'

Apa yang ingin saya luahkan ialah rasa tidak puas hati terhadap golongan penjawat awam dan juga CUEPACS. Pada pengamatan saya, mereka ini semua sudah lebih kuah daripada sudu!

Sepatutnya mereka harus sedar dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana kerajaan masih prihatin terhadap tuntutan mereka, dengan memberikan RM500 kepada hampir semua lapisan perkhidmatan awam walaupun negara dalam peringkat pemulihan ekonomi.

Kepada kumpulan-kumpulan yang pandai meminta-minta ini, haruslah sedar sebagai penjawat awam, kerajaan sudah sekian lama memberikan pelbagai insentif untuk kesenangan mereka. Janganlah kerana Bajet 2010 kerajaan tidak memberikan bonus, mereka tetap tegas hendak meminta lagi. Pernahkah mereka berfikir sejenak, sudah berapa banyak kerajaan habiskan untuk kemudahan mereka? Tidak perlulah saya senaraikan di sini kerana terlalu banyak faedah jika bekerja dengan kerajaan.

Pernahkah CUEPACS terfikir pemberian bonus itu datangnya daripada wang rakyat juga, daripada pembayar cukai? Di mana hasil kutipan kebanyakannya datang dari sektor swasta? Mengapa pula hendak dimanja-manjakan sangat penjawat awam?

Pernah terfikir, kami yang bekerja sendiri atau di sektor swasta tidak pernah merasakan bonus tetapi kami tidak berani untuk merungut sampai ke dada akhbar?

Isu kualiti kerja ialah satu lagi, sudahlah boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja rungutan tentang etika dan kualiti kerja penjawat awam yang kurang memuaskan dan lambat.

Sampai bila harus jadi begini? Kerja tidak seberapa tetapi hendak dimakan hidangan sebesar gajah di meja.

Renung-renungkanlah teguran saya ini.

LEPAS GERAM
Kuala Lumpur

- FORUM UTUSAN

2 Comment:

  1. Apela nk salahkan cuepacs.. ape salahnya cuepacs nk tuntut mcm2.. dh nama pun kesatuan sekerja.. mestilah nk mempejuangkan nasib pekerja.. klu kesatuan sekerja tak tuntut mcm2, sape lg yg nk membela nasib pekerja.. xkn nk duduk saje je kot.. baik x payah ade kesatuan sekerja.. biarla cuepacs nk tuntut mcm2 pn.. yg penting tuntut.. dpt atau x tu blakang kira.. pandaila krajaan nk petimbangkan.. mtuc dan lain2 kesatuan sekerja.. jgn duduk diam saje.. pejuangkanla nasib pekerja.. kepada lepas geram.. kakitangan krajaan pn bayar cukai jg.. jgn buat tuduhan palsu.. satu lagi, ko pekerja atau majikan?

    BalasPadam
  2. Biasa la kerajaan tu majikan kepada penjawat awam. jadi penjawat awam berhak mendapat bonus dan gaji dari apa yang mereka lakukan. Jangan la ckp hanya sektor swasta jea yang menjana ekonomi negara, kami yg kerja kerajaan pun menjana ekonomi negara dgn cara kami yang sendiri. jadi x yah lah nak persoalkan apa yg cuepacs buat. cuepacs bercakap untuk kepentingan pekerja awam jadi yg bukan pekerja awam x yah la nak sibuk2 nk komen

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90