Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota Bharu


KOTA BHARU - Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku.

Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan 'terjunam dari langit' terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.


Dalam kejadian yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri itu, belum sempat membeli barang keperluan, dua sahabat menemui ajal di dalam kompleks di Jalan Sultan Ibrahim di sini itu apabila sebuah kereta tiba-tiba terjunam dari tingkat tiga kompleks tersebut semalam.

Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini.


Mangsa, Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Felda Chiku, Gua Musang maut ketika berada di tingkat dua bersama Rashidah manakala Siti Nor Diana Azman, 18, Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat berada di tingkat bawah sedang menuju ke atas dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, sebuah kereta jenis Ford Laser yang berada di tempat letak kereta tidak berbumbung di tingkat tiga (atas sekali) bangunan itu dikatakan telah merempuh dinding lalu terjunam ke tingkat dua yang dipenuhi pengunjung. Dua pelajar perempuan kolej itu cawangan Kota Baharu maut, Siti Nor Amira dan Siti Nor Diana Azman, 18 manakala dua lagi yang parah iaitu rakan mereka Rashidah Ahmad Lutfi, 24, dan pemandu kereta jenis Ford Laser TX3, Nor Ain Said, 19.

Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Nor Ain itu rosak dan ditolak oleh rakan beliau yang dikenali sebagai Sabri dan hilang kawalan, merempuh tembok penghadang bumbung pasar raya itu, lalu terjunam dan menghempap tiga pelajar tersebut di tingkat bawah pasar raya berkenaan.

Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian.

Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
7 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 7 Disember 2009 pada 9:43:00 PG SGT

    ya rabbi...!O_O
    eloknya jangan ada tmpt parking kereta kat ateh bangunan... ngeri laa...T_T

  • onniey84
    onniey84 Isnin, 7 Disember 2009 pada 9:57:00 PG SGT

    Ya Allah kesian nya..saperla yg bawak kete tu

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 7 Disember 2009 pada 10:06:00 PG SGT

    ini yg dibanggakan oleh nik aziz...haha

  • zzr
    zzr Isnin, 7 Disember 2009 pada 5:07:00 PTG SGT

    APA LAK KAITAN DGN NIK AZIZ??? SALAH TOPIK DAA....

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 7 Disember 2009 pada 8:41:00 PTG SGT

    nampak sangat pendek akal.. apa kitan ngan nik aziz ntah... sumer supermarket ada parking bertingkat... x tau la korang ni jakun ker tak... kalau x wat parking btingkat jem la... alamatnya korang xder parking la... korang gak yang merungut nanti... nak kena kejap jer... dah sampai ajal.. redha jer ngan ketentuan,...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 7 Disember 2009 pada 11:34:00 PTG SGT

    Apa kena mengena pulak dengan nik aziz. Ingatlah ini semuanya daripada ALLAH swt. Lu pikir la sendiri.....

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 7 Disember 2009 pada 11:49:00 PTG SGT

    buat ape gado2...
    mnde da jd la...
    just sdkahkn la al-fatihah kpd arwah...

Add Comment
comment url