Komputer Apple iPad tiru P88 keluaran China?
SHANGHAI - Komputer iPad yang dilancarkan syarikat Apple di Amerika Syarikat (AS) pada Rabu lalu didapati mirip peralatan skrin sentuh yang dikenali dengan nama P88 di China yang telah dijual sejak enam bulan lalu.
Syarikat Shenzhen Great Loong Brother Industrial Co. yang mengeluarkan P88 itu mendakwa Apple meniru komputer skrin sesentuhnya.
"Kami tidak faham. Kenapakah syarikat itu (Apple) membuat sesuatu yang sama dengan kami," kata seorang eksekutif syarikat tersebut.
Walaupun P88 lebih berat dan tebal berbanding iPad, komputer itu mempunyai skrin lebih besar dan simpanan memori lebih banyak berbanding iPad.
Komputer keluaran China itu dilancarkan pada Ogos lalu dan dipamerkan di pertunjukan elektronik di Berlin pada tahun lalu.
Model iPad termurah dengan sambungan Wi-Fi dan memori 16 gigabit akan dijual pada harga AS$499 (RM1,702) di AS dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, syarikat Fujitsu di Jepun mendakwa pihaknya telah menggunakan nama iPad pada alat mudah alih keluarannya pada 2002 di AS.
Menurut syarikat Fujitsu, ia pernah mengeluarkan alat itu yang mempunyai skrin sentuh bagi membolehkan kerani pasar raya menyimpan data di dalamnya.
- Agensi
Aku pun minat ipad, teringin jugak nak beli. Tapi tak mahir sangat pakai skrin sesentuh, lebih senang kalau guna keyboard. Tak sangka apple pun buat barang tiruan, he he..
apple ngn pc sama je suka tiru2... tapi ok wat... haha i like both
regards,
http://twitter-muffler.blogspot.com