Top Ad 728x90

, ,

Penjelasan mengenai Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Memandangkan hampir setiap hari saya menerima e-mail dan pertanyaan mengenai Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010, saya rasa perlu untuk membuat penjelasan kepada semua ahli MY KERJAYA.

Untuk pengetahuan semua, buat masa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak berhasrat untuk MENANGGUH atau MEMANSUHKAN program KPLI. Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran juga telah memberi jaminan yang KPLI akan diteruskan seperti biasa.

Berhubung dengan bila iklan pengambilan KPLI Jun 2010 akan dikeluarkan belum dapat dipastikan lagi. Namun, mengikut pengalaman yang lepas-lepas, iklan pengambilan KPLI biasanya akan keluar pada akhir Februari atau awal Mac. MTEST pula diadakan pada awal April sementara proses temuduga pula dijalankan pada bulan Mei. Walauapapun, semuanya BERGANTUNG kepada keputusan pihak Kementerian Pelajaran (KPM) samaada melewatkan atau menangguhkan pengambilan kepada bulan Januari 2011.

Berhubung Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) pula, pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah MENANGGUHKAN pengambilan DPLI sehingga ada keperluan kelak. Ini kerana, penempatan guru-guru sekolah menengah akan diberikan kepada pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dari IPGM dan juga IPTA seperti UPSI. Sementara guru-guru sekolah rendah akan diambil dari calon Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI).

Diharap penjelasan ini akan dapat memberikan sedikit maklumat kepada semua peminat-peminat KPLI. InsyaAllah, sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan di blog MY ADHA : http://myadha.com dan juga group MY KERJAYA : http://groups.yahoo.com/group/mykerjaya

Sekian.

17 Comment:

  1. salam. mr adha, saya nk tanya, bila boleh mula mohon dpli untuk ambilan januari 2011? sy nak sangat masuk dpli, tapi saya takut terlepas dari memohon dpli ni.. harapkan kerjasama dr mr adha..tq ea..

    BalasPadam
  2. salam. saya nak tahu bilakah kemasukan kpli 2010 dibuka lagi selepas pengambilan Jun? kerana saya baru habis belajar pada bulan mei dan akan berkonvo pada bulan okt..tq

    BalasPadam
  3. salam, mr adha..sy nk sgt tahu ble pngambilan kpli utk jun 2011. sebabnya sy selalu terlepas tarikh pemohonan. member2 terdekat xnk tlg sy..dh beberapa thn sy tggu nk isi borg kpli...tlglh sy...sy xnk ketinggalan lg..

    BalasPadam
  4. Maklumat dan iklan mengenai KPLI & DPLI akan dihebahkan melalui blog MY ADHA ini : http://myadha.com
    Untuk menerima info melalui e-mail, boleh daftar e-mail di : http://groups.yahoo.com/group/mykerjaya/
    itu saja cara untuk saudara/i tidak ketinggalan :)

    BalasPadam
  5. Adakah KPLI dah dimansuhkan?

    BalasPadam
  6. Sue - Adakah KPLI d mansuhkan... sbb offer br2 ni.. semua tuk budak SPM jak...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,mr.adha...sy nk tahu bile pengambilan kpli jun 2011 kuor yer...sbb ada makcik sy yg jd lecturer kat maktab bgtau ada pengambilan jun 2011 tp xsure bile...

    BalasPadam
  8. sy nak tanyer bile pengambilan KPLI jun 2011...macam agak lambat kuar ye...or dh terlepas...

    BalasPadam
  9. as salam... saya nk tahu bila pengambilan KPLI jun 2011..?? sekiranya ade berita, tlg email pada saya dekat samihah.omar@gmail.com
    terima kasih~

    BalasPadam
  10. Mungkin tiada pengambilan KPLI Jun 2011. Sekarang sudah bulan Mei. (TT)

    BalasPadam
  11. kemasukan mktab bln jun ni bkn utk kpli tp kplspm..mmg kpli xde tuk jun ni pn..:(

    BalasPadam
  12. masih tiada kah kpli jun 2011

    sebarang info kpli n dpli tlg hubungi saya d syafiraazmal@gmail.com

    keep in touch.. info amat berguna.. xtau tarikh sebnar..

    BalasPadam
  13. saya nak tnye sikit....klu tidak mengambil bidang pendidikan...dah ingin menjadi guru...bagaimana caranye??
    satu lagi.....sume graduate dari universiti lain selain dari IPGM dan juga IPTA seperti UPSI...mereka akan mengajar sekolah rendah k???...walaupun result mereka bagus...

    BalasPadam
  14. Nadia - Lepasan ijazah yang bukan pendidikan boleh memohon melalui KPLI (untuk menjadi guru sekolah rendah) dan DPLI (untuk menjadi guru sekolah menengah). KPLI belajar di IPGM sementara DPLI belajar di IPTA (universiti).

    Lepasan IPGM dan UPSI akan mengajar di sekolah rendah atau menengah bergantung kepada bidang (pengkhususan) yang mereka ambil. Bukan berdasarkan result mereka.

    BalasPadam
  15. kalau sy amek kos sains biologi di Univ, boleh ke mohon kpli? sy tgk skg iklan kpli kt Kesesuaian Ijazah tu sume yg amek arab n islam. how?

    BalasPadam
  16. untuk dpli tahun 2012 ni, bila agaknya akan dibuka?saye takut terlepas iklan

    BalasPadam
  17. Ilya- saya lulusan diploma pendidikan awal kanak-kanak d MSU. Bolehkah saya mengajar di pra-sekolah kerajaan? adakah ia melalui kpli? boleh tuan jelaskan prosedurnya? terima kasih

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90