Di sebalik naluri luar tabii

Oleh HAFIZAHRIL HAMID

Kisah mengenai skandal seks luar tabii telah mewarnai kehidupan manusia sejak zaman berzaman.

Jika kita lihat kembali sejarah terutama ketika zaman Greek dan Rom, golongan homoseksual dan lesbian berada di puncaknya ketika itu. Ini kerana kedudukan mereka ini setaraf dengan hubungan antara lelaki dan wanita. Bukan sahaja homoseksual dilihat sebagai sesuatu yang biasa malah sebut apa saja dari biseksual, seks dengan kanak-kanak semuanya dilakukan tanpa batasan. Lebih malang lagi kebanyakan perbuatan terkutuk ini dilakukan oleh pemimpin kelas atasan atau aristokrat. Maka apabila pemimpin seperti Caligula memerintah Rom maka semuanya dibenarkan kerana dia sendiri yang mahu semua kegiatan melampau ini dilakukan. Dalam erti kata lain Caligula mahu merasa semua perbuatan seks ini tanpa batasan yang kemudian menjadi contoh kepada rakyatnya. Namun dia akhirnya mati dibunuh akibat kegilaannya sendiri.

Kisah ini juga boleh kita saksikan dalam peristiwa yang melanda kaum yang terlibat dalam homoseksual dan seks melampau di bandar Pompei ketika era kegemilangan Rom. Namun akhirnya bandar itu musnah setelah dilanda letupan gunung berapi dari Gunung Vesuvius selama dua hari pada tahun 79 sebelum masihi.

Akibatnya bandar tersebut lenyap dari muka bumi kerana tertanam dalam lava sedalam 60 kaki. Bandar itu kemudiannya ditemui secara tidak sengaja pada 1748 setelah terkambus selama 1,700 tahun.

Menjadi contoh

Kehidupan melampau golongan homoseksual yang berlaku ini adalah akibat dari kegagalan pemimpinnya sendiri yang terlibat dalam kegiatan terkutuk ini. Sepatutnya seorang pemimpin patut menjadi contoh terbaik untuk rakyatnya tetapi akibat dari kegagalan mengawal nafsu serakah maka rakyatnya sendiri turut sama terikut-ikut.

Bandar Pompeii dikatakan antara bandar termaju ketika itu dengan pelbagai aktiviti perdagangan dan kesenian berpusat di situ.

Malangnya akibat dari kemajuan, penduduk bandar ini juga semakin lupa diri dan hampir kesemua mereka terlibat dalam perbuatan seks melampau seperti bertukar-tukar pasangan dan kegiatan homoseksual. Dikatakan ketika itu perbuatan seks sama ada seks normal dan seks diluar tabii dilakukan secara terbuka tidak kira di mana sahaja.

Begitu juga dalam sejarah silam. Jika dilihat kembali, kaum Nabi Luth adalah masyarakat yang rendah paras moral, rosak akhlaknya serta tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Maksiat yang paling menonjol dalam hidup mereka adalah perbuatan homoseksual dan lesbian. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ia menjadi satu budaya.

Akan tetapi keruntuhan moral dan kerosakan akhlak sudah terlalu menyesatkan mereka, maka dakwah Nabi Luth yang dilaksanakan dengan penuh kesabaran tidak mendapat tempat di dalam hati dan fikiran mereka.

Maka satu-satunya cara bagi mengelak perbuatan terkutuk ini menular kepada kaum lain ialah dengan menghapuskan mereka dari atas bumi.

Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat.

Soalnya mengapa perkara ini berlaku. Lebih menyedihkan pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat juga terlibat dalam perlakuan sebegini. Malah ada yang mempergunakan Islam sebagai alat dan topeng untuk menghalalkan kegiatan mereka.

Ini yang berlaku dengan kemunculan seorang lelaki yang digelar sebagai "Imam" Daayiee Abdullah, seorang lelaki yang mengakui secara terbuka sebagai seorang gay dan berasal dari Washington Amerika Syarikat. Atas dasar keterbukaan pemikiran dan kebebasan bersuara dia telah menyatakan pandangan secara konsisten bahawa kegiatan homoseksual adalah sesuatu yang dibenarkan dalam Islam dan tidak ada nas dalam al-Quran yang menerangkan tentang larangan terhadap homoseksual. Daayiee yang merupakan seorang warga kulit hitam dan memeluk Islam pada awal tahun 80-an ketika belajar di Universiti Beijing telah diberi gelaran "imam" kerana dikatakan selalu memberi nasihat kepada golongan gay Muslim di AS. Mungkin dia tidak layak diberi gelaran sebagai pemimpin tetapi dia kini dikatakan mula dihormati dan disanjung sebagai pemimpin untuk golongan gay mahupun masyarakat biasa.

Menyedihkan

Hanya kerana dia memakai kopiah dan menampilkan diri sebagai seorang yang alim dan sering bercakap tentang agama kepada golongan homoseksual maka dia diiktiraf sebagai imam.

Malah lebih teruk lagi Daayiee telah melakukan upacara perkahwinan untuk lelaki dan perempuan serta golongan sejenis di antara mereka yang beragama Islam dan bukan Islam. Memang menyedihkan kerana dia pula menyalahkan orang lain kerana membuat interpretasi yang salah tentang isi kandungan al-Quran mengenai golongan homoseksual dan perkahwinan sejenis. Inilah yang berlaku apabila orang yang tidak sepatutnya diletakkan di tempat yang tertinggi, malah boleh diterima sebagai pemimpin untuk orang Islam.

Kisah seperti Daayiee yang diterima sebagai seorang "imam" dan pemimpin walaupun dia merupakan seorang gay pastinya sesuatu yang menakutkan bagi kita semua. Ini kerana dia sanggup menyalahkan ulama-ulama lain kerana membuat tafsiran yang salah mengenai golongan homoseksual. Jika perkara ini tidak dihentikan maka semakin ramai umat Islam akan terpesong akibat dari dakyah yang dikeluarkan oleh pemimpin seperti ini. Mereka ini mampu bercakap dan meyakinkan orang ramai dengan mempergunakan agama bagi menghalalkan perbuatan yang salah.

Selain itu kisah Putera Mahkota Qatar, Putera Tameem Bin Hamad Al-Thani yang dilaporkan terlibat dalam pergaduhan di sebuah kelab malam gay di London turut memberi kesan terhadap keupayaannya menjadi pemimpin. Dalam peristiwa yang berlaku pada 2005, beliau bersama seorang "pasangannya" Michael Heard terlibat dalam pergaduhan tanpa diketahui sebab sebenar. Bagaimana tiada sebarang pertuduhan dikenakan namun mereka berdua telah dilarang dari datang ke kelab itu selam 30 hari.

Tembelang beliau ini telah mendapat komen yang negatif kerana dengan kedudukannya sebagai pemimpin tidak seharusnya terlibat dalam kegiatan homoseksual. Malah ulama terkenal Sheikh Yusuf Al-Qaradawi menyatakan bahawa Putera Tameem perlu direjam sehingga mati kerana terlibat dalam kelakuan buruk ini.

Golongan homoseksual ini selalunya mempunyai masalah peribadi kerana mereka gagal mengakui status dan kehendak seksual mereka yang sebenar.

- MINGGUAN MALAYSIA
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url