Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah - Ambilan Jun 2010



MAKLUMAT LANJUT KPLI-SR JUN 2010 (DOWNLOAD DI SINI)
http://www.ziddu.com/download/8501883/KursusPerguruanLepasanIjazahKPLIJun2010.pdf.html
atau
http://www.scribd.com/doc/26557269/Kursus-Perguruan-Lepasan-Ijazah-KPLI-Ambilan-Jun-2010

* Simpan maklumat tersebut untuk rujukan anda di masa depan.


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mod Sepenuh Masa di Institut Pendidikan Guru.

1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI-SR)
Tempoh Pengajian : Satu (1) Tahun
Mod Kursus : Sepenuh Masa

2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

2.1 Warganegara Malaysia
2.2 Umur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir selepas 28 Jun 1975
2.3 Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
2.4 Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
2.5 Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).
2.6 Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).

3. SYARAT TAMBAHAN
3.1 Calon mestilah sihat fizikal dan mental.
3.2 Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan.
3.3 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.4 Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi wajaran tertentu.
3.5 Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.

4. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
4.1 Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
4.2 Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.3 Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
4.4 Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses dakwaan tindakan tatatertib.
4.5 Calon yang pernah disabit dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

5. BIDANG PENGKHUSUAN YANG DITAWARKAN
5.1 Sekolah Kebangsaan (SK)
1. Prasekolah
2. Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris
4. Bahasa Tamil (Sekolah Kebangsaan)
5. Bahasa Cina (Sekolah Kebangsaan)
6. Matematik
7. Sains
8. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
9. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
10.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
11.Agama Islam
12.Pendidikan Seni Visual
13.Pendidikan Jasmani
14.Bimbingan dan Kaunseling
15.Pendidikan Pemulihan
16.Pendidikan Muzik
17.Malaysia Negaraku

5.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
1. Prasekolah
2. Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris
4. Bahasa Cina
5. Matematik
6. Sains
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
9.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
10.Agama Islam
11.Pendidikan Seni Visual
12.Pendidikan Jasmani
13.Bimbingan dan Kaunseling
14.Pendidikan Pemulihan
15.Pendidikan Muzik
16.Malaysia Negaraku

5.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
1. Prasekolah
2. Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris
4. Bahasa Tamil
5. Matematik
6. Sains
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
9.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
10.Agama Islam
11.Pendidikan Seni Visual
12.Pendidikan Jasmani
13.Bimbingan dan Kaunseling
14.Pendidikan Pemulihan
15.Pendidikan Muzik
16.Malaysia Negaraku

6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
6.1 Permohonan untuk mengikuti program ini hanya boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (on-line) sahaja. Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my mulai 08 Februari 2010.
6.2 Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor PIN ini.
6.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan, struktur program dan kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
6.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
6.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. Nombor PIN ini juga digunakan untuk membuat semakan keputusan permohonan.
6.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 FEBRUARI 2010

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:

Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Paras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar )
Nombor Telefon :
03-88841260/1245/1243/1235/1231/1226

Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sabah
d/a Institut Perguruan Gaya
Peti Surat 10491
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804

Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sarawak
Jalan College
93250 Kuching, Sarawak
Nombor Telefon : 082–258045

- MAKLUMAT LANJUT & APLIKASI PERMOHONAN ONLINE KPLI-SR JUN 2010 (KLIK DI SINI)


KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN KPLI AMBILAN JUN 2010

Iklan permohonan KPLI Ambilan Jun 2010.
07 Februari 2010

Permohonan dibuka (Permohonan dibuat secara online).
Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
08 Februari 2010

Permohonan ditutup.
(Pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup).
21 Februari 2010

Semakan nama calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST secara online.
9 Mac 2010

Ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Tiket Panggilan Ujian).
13 Mac 2010

Semakan online nama calon berjaya dipanggil temu duga.
(Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet).
12 April 2010

Temu duga KPLI Ambilan Jun 2010.
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi).
19 hingga 30 April 2010

Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG).
(Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG).
07 Jun 2010

Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar).
28 Jun 2010

Perhatian : Aktiviti dan Tarikh yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan semasa.
Next Post Previous Post
23 Comments
  • Cikgu Hafiz
    Cikgu Hafiz Isnin, 8 Februari 2010 pada 3:08:00 PG SGT

    student tahun akhir layak mohon x??

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Selasa, 9 Februari 2010 pada 1:19:00 PG SGT

    Hanya yang dah tamat pengajian & konvo layak memohon.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 11 Februari 2010 pada 12:07:00 PG SGT

    konvo saya akan diadakan pada 28 Mac 2010, bolehkah saya memohon KPLI ? TQ

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Khamis, 11 Februari 2010 pada 11:20:00 PTG SGT

    Hanya yang dah tamat pengajian & dah konvo (mempunyai skrol ijazah) layak memohon.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 13 Februari 2010 pada 10:49:00 PTG SGT

    Saya akan konvo pd may 2010 n tlah memohon...anyway TQ VERY MUCH 4 all d info!

  • Shazila
    Shazila Rabu, 17 Februari 2010 pada 10:24:00 PG SGT

    Nama: Shazila

    Soalan: Jika saya memohon KPLI sekarang, adakah saya masih berpeluang untuk memohon DPLI pada bulan Mac nanti? Yang mana satu akan diberi keutamaan (KPLI atau DPLI) jika saya mohon kedua-duanya?

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Rabu, 17 Februari 2010 pada 10:48:00 PG SGT

    Shaliza

    KPLI & DPLI adalah di bawah 2 kementerian yang berbeza
    KPLI berada di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sementara DPLI diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi
    jadi, permohonan saudari dalam KPLI tak akan terjejas dengan permohonan DPLI
    ada juga calon yang mendapat tawaran kedua-duanya, KPLI & DPLI
    takde masalah :)

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 18 Februari 2010 pada 11:24:00 PTG SGT

    kalau kita xdpat nak attend mtest@temuduga untuk pengambilan pertama (cth:2010) adakah nama kita akan disenaraihitam oleh KPM kalau kita apply untuk kpli tahun seterusnya?

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Jumaat, 19 Februari 2010 pada 12:32:00 PG SGT

    nama tak akan disenaraihitam
    boleh memohon lagi dan lagi :)

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 19 Februari 2010 pada 11:00:00 PG SGT

    Salam..saya akan dapat skrol ijazah bulan april nanti.adakah layak memohon?maksud saya, bila tarikh kita perlu tunjuk skrol tu pada mereka?adakah pada hari mtest atau ketika daftar kursus nanti? terima kasih

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Jumaat, 19 Februari 2010 pada 11:19:00 PG SGT

    w'salam.
    calon mesti membawa & menunjukkan skrol ijazah itu kepada panel penemuduga semasa temuduga nanti sebagai bukti telah tamat pengajian
    temuduga KPLI kali ini dijadualkan pada 19 hingga 30 April 2010
    kalau anda rasa sempat, takde masalahlah

  • adryna
    adryna Jumaat, 19 Februari 2010 pada 10:37:00 PTG SGT

    skrol ijazah 2 aper erk...?

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Jumaat, 19 Februari 2010 pada 11:02:00 PTG SGT

    skrol ijazah dengan bahasa mudahnya sijil ijazah asal yang graduan terima semasa naik atas pentas semasa majlis konvokesyen :)

  • jariah
    jariah Sabtu, 20 Februari 2010 pada 4:46:00 PG SGT

    salam cik adha..saya lihat syarat cgpa 2.75 akan diberi keutamaan. bermakna bawah 2.75 pun boleh apply lah kan cuma tak diberi keutamaan.

    lagi 1, saya bachelor of accounting leh ke apply untuk pengajaran matematik sebab saya lihat dalam kesesuaian ijazah xde disebut pun ttg ijazah perakaunan. maaf ya tanya sebab first time nak apply. terima kasih ya

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Sabtu, 20 Februari 2010 pada 8:19:00 PG SGT

    w'salam saudari Jariah

    memang betul
    CGPA 2.75 bukanlah syarat wajib untuk memohon KPLI seperti DPLI (DPLI wajib 2.75 dan ke atas)
    jika CGPA anda bawah 2.75 masih tetap berpeluang dapat temuduga jika lulus MTEST

    pada pendapat saya, Perakaunan bolehlah apply Matematik sbb ada sedikit sebanyak kaitan (berkaitan pengiraan)

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 21 Februari 2010 pada 3:10:00 PTG SGT

    salam..permohonan dah ditutup ke atau sehingga kul 12 malam ni? lagi 1, saya ada pengalaman mengajar pelajar sekolah rendah ketika di univ dulu. itupun sebagai tutor saja untuk persatuan yg saya sertai. saya masuk persatuan tu 2 semester ja. tiada sijil.adakah perlu jadikan ia sebagai pengalaman mengajar didalam borang permohonan? terima kasih

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Ahad, 21 Februari 2010 pada 4:14:00 PTG SGT

    w'salam
    kalau tiada masalah server, permohonan akan tutup tengah malam ni
    kalau tiada sijil tu susah sket la
    takut nanti akan dipertikaikan oleh panel penemuduga
    tapi masa temuduga nanti, saudara/i boleh bgtahu dekat panel penemuduga tu pasal pengalaman mengajar tu
    cakaplah terus terang takde sijil
    tapi dalam borang tu lebih baik jangan letak lagi

  • Shazila
    Shazila Isnin, 22 Februari 2010 pada 5:58:00 PTG SGT

    Nama: Zila
    Soalan: Nak tanya, Cikgu tahu pasal DPLI punya aturan program? Cth: Bila temeduga, bila lapor diri? etc... dan Adakah di negeri Sabah juga ada pengambilan DPLI? Biasanya kalau kat Sabah, di manakah tempat pengajiannya?

    Terima kasih.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 23 Februari 2010 pada 12:41:00 PG SGT

    nama:Nur
    salam sy nur.sy ingin bertanya,sy adala pegang diploma perakaunan.sy pernah mengajar sek ren keb di melaka dulu sbg guru sandaran tak terlatih pada tahun 2003...menggantikan seorg guru kelas sepenuh masa,guru ganti pelajran dan pernah mengajar tahun satu pelajran sains didlm bahasa english.setelh abis contract ,sy berhenti dan bekerja di syarikat swasta.Skrg Sy masih lagi ingin menyambung kerjaya sy sebagai guru.tetapi tidak mendpt peluang.sy keliru program mana atau salaurn yg mana sepatutnya sy ambil.tlg tunjuk ajar.wsalam.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 23 Februari 2010 pada 3:44:00 PTG SGT

    saya anne...masa ijazah saya ambil kos pentadbiran perniagaan dan ingin memohon KPLI tapi tidak tahu kursus yang sesuai kerana saya lihat tidak ada yang bersesuaian. Keliru sangat..harap boleh tolong...TQ

  • JZ FARM HOUSE
    JZ FARM HOUSE Isnin, 15 Mac 2010 pada 6:37:00 PTG SGT

    salam sy aja. saya nak jd cikgu tp saya ada stpm jer. boleh ker nak mohon dpli? saya nak smbung blaja dlm bdang pendidikan. tp x berpeluang saya harap encik dapat tolong saya dan memberi lampu suluh jalan yang sy pilih tq

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 27 Februari 2011 pada 11:44:00 PG SGT

    KALAU CGPA SAYA KURANG 2.75 tapi saya ada master dgn cgpa 3.5 layakkah saya mohon DPLI????

  • Farah
    Farah Khamis, 21 Jun 2012 pada 11:23:00 PTG SGT

    Saya nak tanya, DPLI dan KPLI boleh ke untuk lepasan diploma nak mohon? wajib ijazah saja ke? langsung tak ada peluang bagi kami (lepasan diploma) untuk mohon? saya nak sangat menjadi cikgu...

Add Comment
comment url