Public Mutual umum agihan 5 dana
Dana-dana itu adalah Public Dana Index dengan agihan kasar sebanyak 5.00 sen seunit, Public Dana Far-East Property & Resorts (0.50 sen seunit), Public Dana Islamic Optimal Growth (0.50 sen seunit), Public Dana Enhanced Bond (2.00 sen seunit) dan Public Dana Money Market (2.50 sen seunit).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yeoh Kim Hong berkata, Public Dana Index dan Public Dana Far-East Property & Resorts masing-masing, telah menghasilkan pulangan setahun sebanyak 45.43 peratus dan 92.41 peratus bagi tempoh berakhir 8 Januari 2010, menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 18 Januari 2010.
Sementara itu, Public Dana Islamic Optimal Growth yang diluluskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menghasilkan pulangan setahun sebanyak 35.38 peratus bagi tempoh yang sama.
Public Dana Enhanced Bond pula menghasilkan pulangan setahun sebanyak 10.99 peratus manakala Public Dana Money Market sebanyak 2.14 peratus bagi tempoh berakhir 8 Januari 2010.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan mengurus sebanyak 73 dana.
Syarikat tersebut mempunyai lebih dua juta pemegang akaun dan pada 31 Disember 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut berjumlah RM35.6 bilion.
- UTUSAN