Top Ad 728x90

Sony Ericsson T715 - Lebih bergaya dan mesra pengguna


Menghantar mesej juga cepat dan mudah dengan keupayaan melihat semula sejarah penghantar dan perbualan.

Anda perlukan akses Internet? Sambungan rangkaian turbo 3G memberikan bebas tekanan, perayauan pantas dan skrin 2.2 inci memberikan penglihatan mudah laman sesawang walaupun di bawah sinaran mentari.

Dilengkapi dengan Google Maps serta pencarian tempatan dan arah selain Accuweather.com memberikan akses kepada tiga hari ramalan cuaca bagi membolehkan pengguna merancang perjalanan.

Lebih menarik T715 dilengkapi dengan kemudahan Facebook dan Twitter membolehkannya dikemaskini dan sentiasa berhubungan dengan keluarga dan sahabat walau di mana anda berada.

Dengan paparan muka depan (wall paper) bergaya baru, mereka boleh melihat, mengemaskini dan komen status mereka

Selain itu terdapat ciri baru yang membenarkan pengguna menerima atau menghalang pengesahan menerusi aplikasi Facebook.

Merakam gambar menggunakan kamera dengan 3.2 megapiksel dengan Photo Light dan boleh berkongsi segera dengan kawan menerusi album gambar Facebook.

Tidak terdapat cara yang mudah untuk berkongsi kegembiraan selain menerusi mengemaskini foto biasa menggunakan aplikasi sedia ada pada T715.

Pada saiz sebesar kad kredit dan kemasan berkelas tinggi, T715 memberikan sentuhan canggih kepada gaya hidup pengguna.

Rekaan bergaya Sony Ericsson memberikan pengalaman seperti berada di rumah sama ada semasa bertugas atau bersantai.

Pengurus Besar Sony Ericsson Malaysia, Alex Wong berkata, telefon mudah alih T715 melengkapi gaya hidup pengguna yang sibuk dengan mengemaskini Facebook bagi berhubungan dengan keluarga dan rakan.

“T715 juga meluaskan pasaran portfolio telefon mudah alih 3G, memberikan akses Internet berkelajuan tinggi di mana saja.

“Dengan kemasan aluminium premium di bahagian luas dan kilatan di hadapan, telefon mudah alih terkini ini memaparkan rekaan canggih hasil sentuhan Sony Ericsson,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Selain itu terdapat set kepala Bluetooth VH310 yang sesuai bagi semua pengguna yang memberikan keselesaan dengan berat hanya 10 gram dan boleh digunakan berterusan selama 20 hari sebelum dicas semula.

Telefon mudah alih T715 menyokong HSDPA 2100 dan GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900.

Ia boleh didapati dalam dua warna Galaxy Silver dan Rouge Pink pada harga runcit RM899.

Manakala set kepala Bluetooth VH310 pula telah berada di pasaran pada harga RM168. - KHAIRUNNISA SULAIMAN "

Siapkan diri anda dengan ciri-ciri yang ada pada telefon mudah alih Sony Ericsson T715 termasuk ciri desktop, peringatan temu janji, nota dan animasi istimewa bagi peringatan tarikh lahir serta acara terkini.

Menghantar mesej juga cepat dan mudah dengan keupayaan melihat semula sejarah penghantar dan perbualan.

Anda perlukan akses Internet? Sambungan rangkaian turbo 3G memberikan bebas tekanan, perayauan pantas dan skrin 2.2 inci memberikan penglihatan mudah laman sesawang walaupun di bawah sinaran mentari.

Dilengkapi dengan Google Maps serta pencarian tempatan dan arah selain Accuweather.com memberikan akses kepada tiga hari ramalan cuaca bagi membolehkan pengguna merancang perjalanan.

Lebih menarik T715 dilengkapi dengan kemudahan Facebook dan Twitter membolehkannya dikemaskini dan sentiasa berhubungan dengan keluarga dan sahabat walau di mana anda berada.

Dengan paparan muka depan (wall paper) bergaya baru, mereka boleh melihat, mengemaskini dan komen status mereka

Selain itu terdapat ciri baru yang membenarkan pengguna menerima atau menghalang pengesahan menerusi aplikasi Facebook.

Merakam gambar menggunakan kamera dengan 3.2 megapiksel dengan Photo Light dan boleh berkongsi segera dengan kawan menerusi album gambar Facebook.

Tidak terdapat cara yang mudah untuk berkongsi kegembiraan selain menerusi mengemaskini foto biasa menggunakan aplikasi sedia ada pada T715.

Pada saiz sebesar kad kredit dan kemasan berkelas tinggi, T715 memberikan sentuhan canggih kepada gaya hidup pengguna.

Rekaan bergaya Sony Ericsson memberikan pengalaman seperti berada di rumah sama ada semasa bertugas atau bersantai.

Pengurus Besar Sony Ericsson Malaysia, Alex Wong berkata, telefon mudah alih T715 melengkapi gaya hidup pengguna yang sibuk dengan mengemaskini Facebook bagi berhubungan dengan keluarga dan rakan.

"T715 juga meluaskan pasaran portfolio telefon mudah alih 3G, memberikan akses Internet berkelajuan tinggi di mana saja.

"Dengan kemasan aluminium premium di bahagian luas dan kilatan di hadapan, telefon mudah alih terkini ini memaparkan rekaan canggih hasil sentuhan Sony Ericsson," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Selain itu terdapat set kepala Bluetooth VH310 yang sesuai bagi semua pengguna yang memberikan keselesaan dengan berat hanya 10 gram dan boleh digunakan berterusan selama 20 hari sebelum dicas semula.

Telefon mudah alih T715 menyokong HSDPA 2100 dan GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900.

Ia boleh didapati dalam dua warna Galaxy Silver dan Rouge Pink pada harga runcit RM899.

Manakala set kepala Bluetooth VH310 pula telah berada di pasaran pada harga RM168.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90