Top Ad 728x90

Kerajaan Tidak Kawal Kadar Yuran Belajar Institut Memandu

Kerajaan tidak mengawal kadar yuran belajar memandu yang dikenakan institut memandu kecuali kadar bayaran belajar dan kadar lesen memandu motosikal kelas B2.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, kerajaan berpendapat bahawa pendekatan "market force" ketika ini iaitu tanpa penetapan harga ke atas bayaran latihan di institut memandu akan mewujudkan persaingan sihat dan kadar bayaran latihan belajar memandu akan menjadi lebih kompetitif.

"Ia juga memberi peluang kepada calon-calon pemandu untuk memilih institut memandu yang menawarkan harga yang berpatutan bagi mengikuti latihan pemanduan.

"Bagaimanapun, semua institut memandu telah disyaratkan mempamerkan kadar bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan lesen memandu," katanya ketika menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat hari ini.

Kok meminta Menteri Pengangkutan menyatakan harga yang ditetapkan oleh kementerian dalam kursus pembelajaran memandu.

Ahli Parlimen Seputeh itu juga ingin tahu langkah yang diambil kementerian untuk mencegah rasuah dalam peperiksaan memandu dan juga institut pengajaran memandu yang sengaja menaikkan yuran belajar memandu.

Abdul Rahim berkata, kerajaan membuat naziran dan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap operasi institut memandu bagi memastikan peraturan yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya.

Beliau berkata, kegagalan mematuhi peraturan seperti tidak mempamerkan kadar bayaran yang dikenakan, boleh menyebabkan permit institut memandu berkenaan digantung atau dibatalkan.

"Di samping itu, Jabatan Pengangkutan Jalan juga menjalankan pemantauan secara mingguan dan ad-hoc bagi kes-kes yang ada aduan untuk menangani isu-isu penyelewengan dan rasuah," katanya.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90