400,000 raih manfaat TM SME
Sejak memperkenalkan TM SME, ia mendapat sambutan begitu menggalakkan daripada golongan PKS dan Small Office Home Office (SoHo).
Ikuti temubual wartawan Bisnes Metro, Sri Ayu Kartikawati Amri bersama Naib Presiden Eksekutif, Segmen SME TM, Shanti Jusnita Johari (gambar) mengenai hala tuju TM SME.
Sejauh manakah sambutan TM SME dan bilakah ia dilancarkan? Segmen TM SME diwujudkan pada Februari 2009 bertujuan memberi lebih fokus kepada golongan PKS dan SoHo sejajar dengan fokus kerajaan mempertingkatkan perkembangan perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia. Sejak diperkenalkan, produk, pakej dan penyelesaian TM SME mendapat sambutan baik daripada golongan PKS dan SoHo dalam negara. Sehingga kini, TM SME mempunyai lebih 400,000 pelanggan di seluruh negara.
Apakah objektif TM dalam memperkenalkan TM SME kepada orang ramai? Objektif kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan memberi lebih nilai tambah kepada peniaga kecil dan sederhana.
Malah, dengan mengetahui dan memahami keperluan golongan PKS dan SoHo, TM mampu memberikan perkhidmatan nilai hebat kepada PKS menerusi pakej penyelesaian sehenti merangkumi perkhidmatan suara, Internet, data dan perkhidmatan nilai tambah seperti mybizpoint.com. Melalui TM SME, TM juga dapat membantu golongan PKS dan SoHo untuk menggunakan teknologi maklumat (IT) dalam semua aspek perniagaan dari penjualan, perakaunan dan memperluaskan rangkaian perniagaan.
Bagaimanakah produk TM SME ini boleh membantu usahawan terutama PKS di negara ini? TM SME menawarkan pelbagai produk dan pakej Internet, data, suara dan perkhidmatan nilai tambah. Antara produk dan pakej TM SME termasuk Business Broadband, IPVPN, portal perniagaan mybizpoint.com, Office in a Box dan produk telefoni, Internet dan komunikasi lain khususnya untuk golongan PKS dan SoHo.
Oleh itu, bagi memenuhi keperluan pengguna kami, TM membangunkan pakej menyeluruh dan kompetitif untuk membekalkan penyelesaian komunikasi yang lengkap kepada segmen PKS. Menerusi pakej, penyelesaian dan produk TM ditawarkan, kami berharap PKS lebih berdaya saing dan mendapat lebih nilai dengan kos berpatutan, meningkatkan jangkauan pasaran dan menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) untuk peroleh keuntungan.
Apakah strategi TM atau langkah yang diambil bagi memastikan TM SME benar-benar mencapai khalayak sasaran? TM SME menggunakan beberapa kaedah untuk mencapai objektifnya iaitu menggunakan keupayaan ICT sepenuhnya untuk mengembangkan perniagaan di pasaran tempatan dan juga antarabangsa.
Salah satu ciri penting TM SME adalah laman webnya, www.tmsme.biz. Laman web ini mengandungi pelbagai maklumat yang penting untuk golongan PKS seperti petua perniagaan, contoh dokumen perniagaan, direktori perniagaan dan mekanisma sokongan lain.
Ia juga memaparkan pelbagai penyelesaian telefoni, Internet dan aplikasi yang ditawarkan TM SME untuk membantu perkembangan PKS menerusi ICT.
TM SME juga mempunyai pusat sehenti SME Corner di 16 TMpoint terpilih di mana PKS boleh mendapatkan khidmat nasihat dari perunding jualan dan mengetahui produk dan pakej terkini. Apakah yang perlu dilakukan oleh PKS atau SoHo yang berminat dengan TM SME ini? Untuk maklumat lanjut mengenai TM SME dan peranannya dalam kalangan komuniti PKS dan SoHo, juga produk dan perkhidmatannya, layari www.tmsme.biz atau hubungi 1800 888 SME (763). PKS juga boleh melanggan untuk pakej PKS TM di semua cawangan TMpoint seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my