11 terbaik dunia pilihan Beckham

1 Fernando Muslera (Uruguay) – Penjaga gol Lazio adalah penemuan baru kerana hanya menyertai perlawanan antarabangsa sejak beberapa bulan lalu. Uruguay tidak bolos sebarang gol di peringkat kumpulan dan dia menyelamatkan dua sepakan penalti Ghana, membuktikan ketenangannya di pentas besar.

2 Sergio Ramos (Sepanyol) – Bermain bersama Sergio di Madrid, saya boleh katakan dia adalah pertahanan yang cukup berazam tinggi dan komited pernah saya temui. Dia suka membantu serangan dan juga mencuba rembatan apabila mendapat peluang.

3 Ashley Cole (England) – Saya juga seronok melihat pemain Portugal Fabio Coentrao tetapi Ashley bagi saya adalah pertahanan kiri terbaik dunia dan mungkin antara pemain England paling menonjol di Piala Dunia. Dia tidak pernah berhenti berlari dan walaupun pertahanan yang bagus, dia juga suka menyerang pertahanan lawan.

4 Carles Puyol (Sepanyol) – Perlawanan separuh akhir membuktikan dia amat penting buat Sepanyol. Bukan saja mantap bertahan, dia juga mencipta jaringan penting. Saya pernah berdepan dengannya, dan bukan saja bakat semula jadi, dia juga mempunyai etika kerja yang kuat, kepimpinan melalui teladan. Gandingannya dengan Pique penting untuk Sepanyol.

5 John Mensah (Ghana) – Kapten Ghana ini mantap ketika mengemudi Ghana ke suku akhir tetapi tidak bernasib baik. Seperti Puyol, Mensah juga wajar dicontohi dan penyerang yang kental dan tidak takut untuk mempertaruhkan tubuh badannya untuk pasukan.

6 Bastian Schweinsteiger (Jerman) – Menikmati aksi Piala Dunia yang baik dan prestasinya amat memberangsangkan ketika menentang England. Memiliki apa yang diperlukan oleh pemain tengah moden.
7 Wesley Sneijder (Belanda) – Pemain berbakat yang menikmati musim hebat bersama kelab dan negaranya. Dia boleh membaca hantaran bola dengan baik dan berbisa dengan posisi bola mati. Dia menjaringkan banyak gol di Piala Dunia setakat ini dari posisi tengah menyerang.

8 Xavi (Sepanyol) – Anda boleh pilih Alonso atau Iniesta, tetapi saya suka menonton aksi Xavi. Setiap pasukan perlukan pemain seperti Xavi. Dia menjadi nadi buat Sepanyol dan Barcelona dan seorang pemain pintar. Dia memiliki visi dan kemampuan melakukan hantaran menakjubkan. Dia merebut bola dalam keadaan genting, dan bagi saya dia adalah tonggak Sepanyol.

9 Thomas Mueller (Jerman) – Bukan satu nama dikenali sebelum kejohanan, tetapi empat gol (tidak termasuk dengan Uruguay) dan tiga umpanan dalam lima perlawanan adalah penampilan menakjubkan bagi penyerang 20 tahun. Menyedihkan dia terlepas aksi separuh akhir dan boleh dikatakan Jerman kehilangan gerakan pantas serta keupayaan penyudahnya.

10 Diego Forlan (Uruguay) – Penyerang yang semakin baik sejak beberapa tahun dan saya beruntung pernah beraksi bersama Diego di United. Kini dia mempunyai keyakinan yang sangat hebat. Dua kali menjadi penjaring terbanyak dalam La Liga dan dengan empat gol dan gerakan jaringan olehnya, Diego menikmati aksi hebat di temasya ini.

11 David Villa (Sepanyol) – Penjaring terbanyak kejohanan setakat ini, seorang daripada pemain yang mempunyai penyudah terbaik di dunia. Dia boleh menggunakan kedua-dua kaki dan berbahaya di depan pintu gol. Pasti menjadi berita menakutkan apabila dia menyertai pasukan yang sememangnya hebat, Barcelona.

Tiga senarai simpanan:

1 Michael Bradley (AS) - Pasukan Amerika Syarikat tampak bagus dan sungguh tidak bernasib baik tersingkir. Rakan sepasukan saya, Landon bagus tetapi saya lebih tertarik dengan aksi Bradley. Jika AS boleh menghasilkan pemain sepertinya pada masa akan datang, bola sepak akan lebih meningkat di negara itu.

2 Maicon (Brazil) - Brazil menghasilkan pemain bek sayap yang hebat dan saya bertuah pernah beraksi dengan seorang daripadanya iaitu Roberto Carlos di Real Madrid. Maicon ialah seorang lagi pemain seperti itu. Saya rasa dia bermain baik untuk Brazil dan menikmati musim hebat bersama Inter. Gol pertama jaringannya sangat menakjubkan.

3 Lionel Messi (Argentina) – Dia melakukan segala-galanya kecuali tidak bernasib baik gagal menjaringkan gol. Dia menakjubkan untuk ditonton.

- BERITA HARIAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url