UTM tawar biasiswa RM10 juta

JOHOR BAHRU 11 Julai - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyediakan peruntukan Biasiswa Zamalah berjumlah RM10 juta pada tahun ini kepada golongan yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (Ph.D) secara sepenuh masa.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTM, Prof. Dr. Azraai Kassim berkata, biasiswa berkenaan dikhususkan kepada mahasiswa tempatan yang mendaftar bagi mengikuti program pengajian sepanjang tahun ini secara penyelidikan.

Beliau berkata, peruntukan tersebut bertujuan menampung pengajian 300 mahasiswa meliputi yuran pengajian dan elaun RM2,500 sebulan selama setahun.

"Kos lain seperti yuran penginapan, perlindungan kesihatan, perjalanan, kos buku dan perbelanjaan menghadiri persidangan adalah tidak termasuk dalam pembiayaan.

"Mahasiswa yang memerlukan penyambungan pembiayaan selepas tamat tempoh selama setahun boleh memohon semula dengan syarat telah menghasilkan penerbitan dalam jurnal yang diiktiraf oleh pihak universiti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url