Laman temu janji untuk individu hodoh


MAYFAIR, Britain - Laman temu janji di Internet untuk lelaki dan wanita hodoh telah dilancarkan di United Kingdom, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Seorang jutawan, Howard James yang menganjurkan laman itu selepas dia mendapati tidak terdapat satu laman temu janji untuk individu yang hodoh.

"Tidaklah bermakna mereka (individu hodoh) tidak mempunyai cinta untuk diberikan hanya kerana mereka tidak kelihatan seperti model Kate Moss atau penyanyi Cheryl Cole.

"Kami mengumpul dan menawarkan mereka satu harapan," kata James.

Seramai 1,500 orang telah mendaftar menjadi anggota laman itu pada minggu lalu.

Antara anggota laman itu ialah seorang lelaki berbadan besar yang dikenali sebagai Scott (gambar) dari Plymouth.

- Agensi

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.