Top Ad 728x90

,

RON95 bukan punca utama kenderaan terbakar

Minyak petrol RON95 selamat digunakan dan bukan punca utama kepada kebakaran kenderaan apabila berlakunya kemalangan.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata, kebakaran boleh terjadi sekiranya berlaku pelanggaran kenderaan dengan kelajuan yang tinggi.

Justeru itu, beliau berkata, kebakaran kenderaan akibat kemalangan yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini tidak boleh dikaitkan dengan minyak petrol RON95 kerana apa juga jenis minyak berpotensi menyebabkan kebakaran.

''Kita tidak boleh katakan minyak RON95 sebagai penyebab berlakunya kebakaran selepas kemalangan kerana ia boleh berlaku dalam pelanggaran kuat sekiranya terdapat bahan bakar, oksigen dan percikan api.

''Fenomena ini mempunyai kebarangkalian tinggi untuk berlaku dalam perlanggaran berkelajuan tinggi,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) supaya pihak kerajaan mengkaji penggunaan minyak petrol RON95 yang dikatakan menyebabkan kebakaran selepas berlakunya kemalangan.

Menurut Ahmad Farhan, setakat ini tidak dapat disahkan sama ada kebakaran yang berlaku akibat kemalangan adalah disebabkan oleh jenis minyak.

Katanya, siasatan terperinci mengenai perkara tersebut perlu dilakukan oleh pihak polis supaya punca kebakaran akibat kemalangan boleh dikenal pasti seterusnya membolehkan sebarang analisis dilakukan.

- UTUSAN

1 Comment:

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90