Top Ad 728x90

Talian 15999 untuk kanak-kanak

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil inisiatif menubuhkan talian khusus bagi aduan kanak-kanak dalam usaha memastikan permasalahan membabitkan golongan itu dapat ditangani segera.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Talian Kanak-Kanak atau Childline bernombor 15999 yang beroperasi 24 jam sehari sepanjang tahun, diwujudkan bersempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan yang bertemakan Keselamatan Kanak-Kanak di Tangan Kita:Bertindaklah! semalam.

Malaysia adalah satu daripada 130 negara di dunia yang mempunyai talian sedemikian yang dibangunkan dengan kerjasama projek Childline Malaysia (CLM) selain 20 pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat swasta.
Talian Childline bernombor 15999 itu adalah gabungan talian aduan krisis sedia ada dan mempunyai individu berbeza yang terlatih bagi melayan panggilan yang diterima.

Tindakan akan diambil segera dan tempoh penyelesaian bergantung kepada jenis aduan kerana mungkin ia membabitkan pihak polis dan sebagainya.

Talian ini juga sebagai alternatif kepada kanak-kanak dan ibu bapa serta masyarakat yang mungkin tidak tahu di mana hendak mendapatkan bantuan menyelesaikan masalah seperti penderaan selain meminta nasihat, katanya pada sidang media selepas melancarkan talian itu di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Meme Zainal Rashid dan Pengerusi Childline Malaysia, Sabri Abdul Rahman.
Shahrizat turut menegaskan, Malaysia secara keseluruhannya masih selamat walaupun kes membabitkan penderaan kanak-kanak terus dilaporkan.

Katanya, setakat April lalu, sebanyak 1,010 kes penderaan dilaporkan kepada JKM meliputi kes penderaan fizikal, seksual, emosi, sumbang mahram dan buang bayi.

Statistik kes penderaan dilakukan ibu bapa mencatatkan jumlah 808 kes, adik beradik (23 kes), teman lelaki ibu (270), jiran (26), saudara mara (322), orang dikenali (231), manakala pendera tidak dikenali sebanyak 110 kes.

Kes-kes ini terus meningkat dari 2,279 pada 2007 kepada 2,780 (2008), dan 2,789 pada 2009, katanya.

Bagi kes kanak-kanak hilang, statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan seramai 1,050 kanak-kanak dilaporkan hilang pada tahun lalu.

- BERITA MINGGU

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90