Isnin, Mac 21, 2011

Suri rumah digalak sertai eMAK

PETALING JAYA 20 Mac – Golongan wanita terutama suri rumah yang berpendapatan rendah digalakkan untuk menjalani pelbagai latihan kemahiran bagi membantu mereka menjana pendapatan dari rumah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, usaha ini dapat memastikan mereka keluar daripada kepompong kemiskinan dan menyumbang pembangunan ekonomi negara.

Justeru kata beliau, mereka digalakkan menyertai program keusahawanan sosial bersepadu eMAK (Ekonomi Menjana Aspirasi Keluarga) anjuran kementerian tersebut dengan Yayasan Keusahawan Sosial (YKS) bagi mendapatkan bantuan dan latihan kemahiran yang diperlukan.

Menurutnya, menerusi program tersebut juga golongan tersebut diajar menjalankan perniagaan dari rumah berasaskan konsep SOHO (small office, home office) menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Peserta akan dibantu secara menyeluruh meliputi aspek kemahiran seperti sulaman manik, kraf bunga, menjahit, bakeri dan memasak hingga kepada aspek pemasaran dan perkhidmatan.

“Mereka turut diajar dalam aspek kemahiran menggunakan Internet sebagai medium pemasaran menerusi portal eMAK yang menyediakan ruang promosi produk dan perkhidmatan secara percuma.

“Selain dapat mengurangkan jurang digital, ia juga memberi pilihan kepada pengguna Internet untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan yang ditawar dengan harga berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan program dan portal eMAK di Subang Perdana dekat sini hari ini.

Shahrizat berkata, untuk fasa perintis, kementerian menyediakan peruntukan RM600,000 bagi menjayakan pelbagai program pembangunan tersebut.

Dengan kumpulan sasaran berpendapatan rendah di kawasan bandar, menurutnya, seramai 600 suri rumah sekitar Lembah Klang dipilih menyertai eMAK sejak diperkhttp://www.blogger.com/img/blank.gifenalkan Oktober lepas.

Dalam pada itu Shahrizat berharap, semua pihak tidak harus patah semangat dalam memastikan kejayaan usaha membanteras gejala buang anak.

Melalui pelbagai strategi termasuk turun padang ke semua institusi pengajian tinggi dan ke sekolah serta mendidik anak muda untuk menjaga diri dan mengawal segala tindakan mereka, beliau yakin usaha tersebut akan membuahkan hasil.

eMak boleh dilayari di : http://www.emak.com.my

- UTUSAN

3 ulasan:

  1. saya Ronani bte Arshad ingin sertai EMAK . Ingin menjana pendapatan tambahan untuk keluarga . Saya tinggal di Muar bagaimana cara saya untuk menyertai EMAK ? Terima Kasih .

    BalasPadam
  2. Salam..saya sebagai suri rumah sepenuh masa.saya ingin myertai untuk mjana pdapatan tambahn dirumah.sya berasal dari pagoh muar.Terima kasih(nurmarlina kambili

    BalasPadam
  3. Assalam, saya Nor laini ingin menyertai program ini untuk membantu menambah pendapatan suami. Terima kasih.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts