Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa pengguna telefon bimbit berisiko untuk mempunyai bilangan sperma yang kurang dan berkualiti rendah, selain terdedah kepada kemungkinan mengalami mati pucuk.
Dakwaan CAP itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang dilakukan berhubung penggunaan telefon bimbit. Bagaimanapun, CAP tidak menyatakan pihak yang melakukan kajian berkenaan.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa pengguna telefon bimbit berisiko untuk mempunyai bilangan sperma yang kurang dan berkualiti rendah, selain terdedah kepada kemungkinan mengalami mati pucuk.
“Satu lagi kajian menunjukkan lelaki yang menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar juga menghadapi risiko kerosakan sperma," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
SM Mohamed berkata, pengguna yang menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar akan terdedah kepada Frekuensi Radio (RF) lebih tinggi kerana antena biasanya berada di belakang dan hampir dengan tubuh badan.
Katanya, doktor percaya kerosakan sperma mungkin disebabkan oleh radiasi elektromagnetik dari telefon bimbit atau haba yang dihasilkannya.
“Oleh itu, penggunaan telefon bimbit secara berlebihan menjadi satu lagi faktor yang menyumbang kepada penurunan bilangan sperma selain obesiti, merokok dan tekanan," katanya.
Beliau menjelaskan pengeluar telefon bimbit juga sudah mengeluarkan amaran mengenai risiko penggunaan telefon bimbit terhadap kesihatan.
Contohnya, syarikat Apple dalam buku panduannya memberi amaran kepada pengguna supaya menjauhkan iPhone Inc jarak sekurang-kurangnya 15mm dari tubuh.
Berikutan risiko penggunaan telefon bimbit itu, SM Mohamed menggesa kerajaan supaya mewajibkan setiap telefon bimbit mempunyai tanda amaran bahawa alat telekomunikasi itu berpotensi menjejaskan kualiti sperma dan meningkatkan risiko tumor otak.
Kerajaan juga perlu memberi amaran kepada ibu bapa supaya tidak membenarkan anak mereka yang berusia 12 tahun ke bawah menggunakan telefon bimbit melalui kempen.
- BERITA HARIAN
Isu, Kesihatan
By
MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
Khamis, Mac 17, 2011
Written by:
MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
Telefon bimbit boleh rosakkan sperma, mati pucuk: CAP
Blogger Informasi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
aku dah 6 bulan tak pakai hpon.. haha.. sperma aku mantap la maksud dia.. heh
BalasPadam