Top Ad 728x90

,

Ular sawa baham babi hutan


BATU PAHAT: Penduduk kawasan Parit Laman, Sri Medan, dekat sini, digemparkan dengan penemuan seekor ular sawa dengan berat dianggarkan melebihi 100 kilogram sedang berlingkar dalam keadaan kekenyangan di sebuah kebun, kelmarin.

Difahamkan ular sawa batik atau nama saintifiknya 'Python Neticulatus' berkenaan baru saja menelan seekor babi hutan berdasarkan keadaan perutnya yang sebesar tong gas.

Sebaik menemui reptilia itu kemudian perlahan-lahan menuju ke kolam berdekatan kebun berkenaan dipercayai untuk menyembunyikan diri.

Bimbang perkara buruk mungkin terjadi, penduduk di situ kemudian menghubungi talian kecemasan 999 bagi memaklumkan penemuan reptilia berukuran kira-kira 4 meter itu.

Timbalan Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Batu Pahat, Musi Kipli ketika ditemui berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan ular itu kira-kira jam 12 tengah hari.

“Sejurus tiba di lokasi penemuan ular itu di Parit Lapis Laman di sini, kami mendapati ular sawa berkenaan menuju ke arah kolam, namun pergerakannya agak terbatas berikutan kekenyangan.

Katanya, usaha menarik kembali ular itu dari kolam berjaya selepas anggota termasuk pegawai dari JPAM dan lapan orang dewasa mengangkat reptilia itu yang dipercayai kekenyangan selepas membaham seekor babi hutan.

Bagaimanapun, katanya, ular sawa berkenaan mati dalam perjalanan ke pejabat JPAM di Pusat Bandar Batu Pahat.

- BERITA HARIAN

1 Comment:

  1. ular tu mati mesti ada sebab. ada tangan2 setan yg belasah ular tu sampai parah & akhirnya mati. ada soalan aku nk tanya, perlukah ular itu dimatikan? adakah ular itu makan babi utan yg diternak penduduk? bukan ular itu agresifpun sbb dh kenyang gila. x perlulah pukul ke, blasah dgn kayu ke. cukup sekadar bgtau kpd pihak yg berkaitan utk tangkap.lepas tu adalah prosedur lain samada nk dihantar ke zoo ke, hape ke. mentaliti masayarakat kita masih rendah dlm bab2 fauna ni. entahlah sampai bila nk majukan mentaliti....

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90