Perubahan Lalulintas di Bandaraya Kuala Terengganu


Mulai 9 Mei 2011 (Isnin), sedikit perubahan aliran lalulintas akan dilaksanakan di Pusat Bandaraya Kuala Terengganu di mana Jalan Sultan Zainal Abidin (dari Bulatan Batu Bersurat) sehingga ke Persimpangan Astaka akan dijadikan sebagai jalan sehala. Walau bagaimanapun, jalan dua hala masih dikekalkan dari Bulatan Batu Bersurat sehingga ke hadapan Sekolah Menengah Agama Ladang (simpang ke Hotel Primula) bagi membolehkan kenderaan memasuki simpang ke Hotel Primula dan dari Hotel Primula keluar ke Bulatan Batu Bersurat.

Harap Maklum.

MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU (MBKT)
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url