Top Ad 728x90

Kempen 'Jom Shopping' Untuk Warga Emas di Selangor

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan kempen 'Jom Shopping' kepada warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas di negeri itu.

Kempen tersebut akan dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 15 Julai ini.

Menurut Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail setiap warga emas yang layak akan diberikan kupon bernilai RM100 untuk berbelanja di pusat membeli belah terpilih di negeri itu.

“Saya menyeru kepada warga emas yang layak supaya mendaftarkan diri di mana-mana pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor.

“Mereka juga boleh menyemak pendaftaran dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) di SMUE semak dan hantar kepada 15888.

“Kita akan memberi taklimat kepada semua pusat khidmat DUN pada 8 Julai ini. Saya berharap program ini dapat mengurangkan bebanan pihak tertentu terutamanya dengan kenaikan harga barang,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Rabu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan negeri, berkata pihak berkuasa tempatan akan menyediakan bas untuk membawa warga emas tersebut ke pusat membeli belah terpilih dan mereka boleh berbelanja menggunakan kupon yang diberikan.

- MSTAR

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90