SPR terima 12.6 juta permohonan daftar pemilih
Menurut kenyataan, kesemua jumlah daftar pemilih itu merangkumi Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2011, DPT ST 2/2011, DPT ST 3/2011 dan yang terkini iaitu DPT ST 4/2011.
Katanya, daripada jumlah DPT ST 4/2011 iaitu 259,590 permohonan, sebanyak 188,654 daripadanya adalah pendaftaran baru dan 70,936 lagi merupakan pendaftaran tukar alamat.
''Pemerakuan DPT ST4/2011 dibuat sebagaimana dikehendaki oleh peraturan 22(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (pendaftaran pemilih) 2002 yang menetapkan supaya daftar pemilih tambahan diperakui sebelum ia digunakan untuk urusan pilihan raya.
''Pewartaan DPT ST 4/2011 itu melibatkan permohonan pendaftaran baru atau tukar alamat pusat mengundi bagi bahagian-bahagian pilihan raya yang tidak terlibat dengan tuntutan atau bantahan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu memberitahu, bagi pemohon yang nama mereka terlibat dengan bantahan, SPR menangguhkan pemerakuan kepada permohonan tersebut sehingga bantahan itu dapat diselesaikan melalui siasatan awam yang akan dijalankan.
Justeru, sepanjang tempoh pameran Rang DPT ST4/2011 dari 8 hingga 14 Februari lalu, SPR telah menerima 804 bantahan yang melibatkan 17 bahagian pilihan raya Parlimen dan semuanya masih belum diselesaikan.
Jelas kenyataan itu, antara bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen yang terlibat bagi DPT ST 4/2011 ialah Kedah (Jerlun, Kulim Bandar Baru); Kelantan (Bachok, Ketereh); Terengganu (Marang, Hulu Terengganu).
Selain itu, di Selangor (Tanjung Karang, Gombak, Pandan, Hulu Langat, Serdang, Puchong, Subang, Shah Alam, Kapar dan Kota Raja) dan terakhir adalah Negeri Sembilan iaitu di Seremban.
Menurutnya, pemilih-pemilih berdaftar dalam tempoh suku tahu berkenaan boleh membuat semakan maklumat pendaftaran mereka melalui telefon di talian 03-8885 6565, laman web SPR di www.spr.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR jarak SEMAK jarak nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888 mulai 20 Mac 2012.
- UTUSAN
hmmm...camner nak daftar sebagai pengundi ek?