Pakej Celcom untuk Samsung Galaxy SIII
SYARIKAT peneraju telekomunikasi Celcom Axiata Berhad (Celcom), baru-baru ini mengumumkan pelan data bersama peranti telefon pintar Samsung Galaxy SIII.
Kolaborasi bersama Samsung Malaysia Electronics itu bakal memberi pelanggan Celcom pengalaman mobiliti terbaik selain liputan rangkaian menyeluruh.
Menurut Pengarah Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin, kerjasama tersebut dilihat sebagai pelengkap kepada aktiviti berhubung menggunakan model telefon pintar terbaru Samsung itu.
Ini contoh sinergi terbaik dalam usaha menyediakan perkhidmatan telekomunikasi ke peringkat optimum memandangkan bilangan pengguna telefon pintar di negara ini semakin meningkat.
Pada masa depan, Celcom akan terus menambah baik servis data dan suara bagi memberi lebih nilai kepada pelanggan kami, jelasnya pada pengenalan pelan tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi pakej itu, pengguna boleh mendapatkan peranti Samsung Galaxy SIII dengan tawaran harga RM1,398 berbanding harga pasaran RM2,199 bersama komitmen bulanan serendah RM88.
Kesemua pakej yang ditawarkan didatangkan dengan sokongan perkhidmatan streaming, pelayaran, akses hiburan dan maklumat tanpa had, aktiviti muat turun dan muat naik berkelajuan pantas serta servis suara berdefinisi tinggi (HD).
Produk telefon pintar Samsung Galaxy SIII tersebut kini boleh diperolehi daripada cawangan kedai Blue Cube di seluruh Malaysia atau layari laman web www.celcom.com.my/smartphones