Kaspersky Anti-Virus (KAV) 2013
KASPERSKY Lab, peneraju kandungan selamat dan penyelesaian pengurusan ancaman berada pada landasan tepat untuk terus mengungguli kepentingan pasaran di negara ini kepada 70 peratus dengan pelancaran Kaspersky Internet Security (KIS) dan Kaspersky Anti-Virus (KAV) 2013.
Pengarah Jualannya (Asean), Jimmy Fong berkata, pihaknya yakin mencapai sasaran itu walaupun tahun ini dijangkakan mencabar.
“Ketika ini kami menguasai lebih 60 peratus daripada kepentingan pasaran di Malaysia. Kaspersky pada masa ini menerajui pasaran kandungan selamat dan pengurusan ancaman.
“Bagaimanapun, kami ingin berkembang lebih lanjut. Untuk itu, kami perlu mencari dan meneroka bidang baru.,” katanya selepas majlis pelancaran di Kuala Lumpur minggu lalu.
Versi baru bagi kedua-dua produk berkongsi antara muka canggih dan mudah digunakan selain dilengkapi teknologi baru untuk memberikan perlindungan maksimum daripada semua jenis ancaman.
“Edisi KIS dan KAV sebelum ini, kerap menunjukkan lebih 99 peratus kadar pengesanan dalam ujian bebas dengan hingga 100 peratus bagi perisian perosak yang paling lazim.
“Menerusi versi baru ini, Kaspersky bukan saja meletakkan sasaran lebih tinggi, malah berusaha menyekat perisian perosak paling jarang ditemui dan paling cepat menular,” katanya selepas majlis pelancaran di Kuala Lumpur.
KIS dan KAV 2013 yang akan berada dalam pasaran mulai 15 Ogos ini, masing-masing berharga RM100 dan RM70 dengan kedua-dua dipasang pada satu komputer. Sempena pelancaran KIS dan KAV, Kaspersky menandatangani perjanjian perkongsian dengan Tech Titan Ltd, penyedia keselamatan rangkaian, untuk menghasilkan ‘Tech Titan T-Drive Pro with USB KAV’ (T-Drive Pro).
T-Drive Pro, penyelesaian Anti-Virus USB mudah pindah pertama di dunia itu direka untuk dipasang dan dilaksanakan dari simpanan USB boleh didapati di pasaran sekarang pada harga RM179 bagi 8GB.