Keputusan UPSR keluar 19 November 2012

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 akan diumumkan pada hari Isnin, 19 November 2012 ini.

Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataan, berkata semua 517,139 calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi.

Katanya, pengumuman analisis keputusan peperiksaan akan diadakan jam 9.00 pagi, hari sama di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, ketika dihubungi berkata, kelewatan pengumuman keputusan itu bagi membolehkan pemeriksa kertas menjalankan tanggungjawab mengikut masa ditetapkan.

“Peperiksaan lewat seminggu daripada jadual asal dan kerana itu pengumumannya juga lewat seminggu,” katanya.

- BERITA HARIAN


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url