Sony Xperia SL



PENGGEMAR rangkaian telefon bimbit pintar Xperia keluaran Sony Mobile Communications (Sony) bakal menyaksikan satu lagi model baru yang dinaik taraf dari Xperia S iaitu Xperia SL.

Lebih menarik, apabila peneraju peranti komunikasi tersebut baru-baru ini telah mengesahkan akan membawa masuk Xperia SL ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Diperhebatkan dengan paparan resolusi definasi tinggi (HD) yang lebih jelas dan tajam, model berkenaan turut diperhebatkan dengan pemproses dua teras bagi tujuan layaran Internet, permainan video serta aplikasi lebih mudah dan pantas.

Dibina dengan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich serta saiz skrin seluas 4.3 inci, Xperia SL juga mampu menyokong storan 32 gigabit (GB) dengan sokongan Near Field Communications (NFC).

Kamera hadapannya boleh merakam sehingga 720p dan kamera belakang 12 mega piksel dengan sokongan rakaman 1080p, cip pemproses dwi-teras 1.7 giga herz (GHz) turut disertakan bagi prestasi memberangsangkan.

Selain itu, model ini disertakan juga tiga aplikasi hiburan baru bagi pengguna berkongsi pengalaman pelbagai jenis aplikasi mudah iaitu walkman, album dan movies selain turut menyediakan PlayStation memberi kepuasan berganda.

Walau bagaimanapun, Sony Malaysia belum memberikan sebarang tarikh serta harga jualan di Malaysia nanti.

- UTUSAN

Next Post Previous Post
1 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 17 November 2012 pada 10:54:00 PTG SGT

    Mohd Wafiuddin Adha. Saya sudah memilikinya. Sungguh memuaskan dan tidak pernah menyesalinya

Add Comment
comment url