Top Ad 728x90

Yayasan Keamanan Global Perdana lancar Tabung Kecemasan Gaza


KUALA LUMPUR 20 Nov. - Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) melancarkan Tabung Kecemasan Gaza bagi membantu penduduk di wilayah itu selepas tindakan Israel melancarkan serangan bom yang menyaksikan jumlah korban kini meningkat kepada lebih 100 orang.

Presidennya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin di Gaza akibat kezaliman rejim Israel turut mendapat simpati seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

"Kita sendiri tidak ada jaringan itu, sebab itu kita sanggup mengagihkan sumbangan yang akan diterima dengan mana-mana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) sama ada di dalam atau luar negara yang boleh menolong penduduk di Gaza.

"Walaupun kita tidak mampu untuk membantu dari segi ketenteraan, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia boleh memberikan sumbangan bagi meringankan beban dan penderitaan penduduk Palestin di Gaza yang telah dinafikan makanan, pakaian dan ubat-ubatan oleh pihak rejim Zionis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pelancaran Tabung Kecemasan Gaza di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai pula memberitahu, pihaknya telah membelanjakan kira-kira RM500,000 dalam membekalkan air dan juga RM300,000 untuk pakaian serta peralatan kepada penduduk di Gaza.

"Hari ini juga PGPF telah menyumbangkan sebanyak RM100,000 kepada Prof. Paola Manduca wakil Medical Aid of Palestine.

"Kami juga akan terus memberikan sumbangan kepada NGO-NGO terlibat bagi membantu sebanyak mungkin penduduk Palestin yang kini dizalimi oleh rejim Israel," ujarnya.

Sementara itu, bagi mana-mana individu atau badan korporat yang ingin menyumbang dalam Tabung Kecemasan Gaza boleh menghubungi talian 03-2092 7248 atau layari laman web www.perdana4peace.org untuk maklumat lanjut.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90