Top Ad 728x90

Yoobao Power Bank penyelesai gajet cepat habis bateri

SERING menghadapi masalah kehabisan bateri telefon mahupun komputer tablet, lebih-lebih lagi ketika berada di luar negara yang mana plug pengecas tidak sama seperti di Malaysia yang menggunakan plug tiga pin.

Mungkin gajet minggu ini menjadi idaman kamu semua dan menjadi penyelesaian kepada masalah tersebut.

Apalah gunanya jika kamu memiliki telefon pintar yang canggih mahupun komputer tablet yang hebat jika peralatan kamu itu tidak mempunyai bateri.

Jadi, pada minggu ini .com menampilkan sebuah gajet yang pasti kamu inginkan tambahan pula ia akan menjadi penyelesai masalah pada zaman dunia tanpa sempadan dan kebergantungan terhadap gajet pintar.

Terdapat pelbagai jenama dan jenis alat pengecas mudah alih di pasaran. Yang penting adalah jumlah kuasa yang dapat disimpan di dalam sesebuah alat sebelum dapat disalurkan kepada peralatan mudah alih kamu.

Ada antaranya seperti bekas telefon bimbit, sebesar dompet mahupun yang seakan-akan pen yang mudah dibawa ke mana sahaja.

Ruangan gajet minggu ini menampilkan alat pengecas mudah alih jenama Yoobao Power Bank yang sememangnya memberi kemudahan yang sangat berguna pada saat kecemasan mahupun perjalanan jauh.

Dengan kuasa 11,200mAh sememangnya Power Bank memberi banyak kuasa mengecas bagi telefon mahupun tablet mudah alih pintar kamu untuk terus bernyawa.

Bagi sebuah telefon pintar seperti iPhone dan Samsung Note mahupun S2 yang menggunakan kuasa bateri 1500mAh, Power Bank dapat mengecas penuh sehingga tujuh kali sehingga bateri itu penuh.

Begitu juga dengan iPad mahupun Galaxy Tab yang tidak dapat dicas oleh alat pengecas kereta tetapi dengan Power Bank gajet tersebut dapat memberi kuasa sehingga tiga kali di cas penuh.

Sememangnya gajet ini memberi kemudahan yang sangat penting dalam memastikan perhubungan kamu dengan dunia luar ataupun mencari jalan dengan GPS tidak tergendala.

Dibekalkan dengan pelbagai kabel untuk kegunaan pelbagai jenis telefon mahupun tablet ia sememangnya menjadi idaman setiap kaki gajet dan juga mereka yang suka mengembara.

Yoobao amat sesuai untuk semua jenis telefon pintar dan komputer tablet.

iPod Touch, Motorola Droid, HTC Android Phones, Blackberry, Kindle, Samsung Galaxy S, Nintendo, Sony PSP mahupun kamera dan banyak lagi.

Jadi jangan risau jika kamu kehabisan bateri walaupun berada di tengah belantara yang sememangnya alat komunikasi merupakan antara peralatan yang amat penting.

- UTUSAN

1 Comment:

  1. Nak power bank original and murah siap warranty 1 tahun boleh beli kat sini..

    http://www.mudah.my/li?ca=9_s&id=260300

    Byk kedai yg jual fake especially Yoobao so kene hati2 :)

    Power Bank Vivis takde yg fake lg and ikutkan review internet, Vivis lagi elok dari Yoobao.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90