Top Ad 728x90

,

Agihan Bayaran BR1M 2.0 pada Februari 2013

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M) 2.0 akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan iaitu pada Februari 2013 dengan kaedah penyampaian dilakukan mengikut kawasan parlimen, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata kementerian akan memastikan setiap rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan tersebut memperolehnya dalam tempoh itu.

Bagi penerima yang uzur terlantar sakit atau disebabkan usia lanjut, mereka boleh menghantar wakil atau pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan masing-masing untuk menyampaikan bantuan itu kepada mereka.

Bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Pembayaran itu akan dilakukan dalam bentuk baucar yang boleh ditunaikan di bank.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90