Majlis perkahwinan Liyana Jasmay 2 Februari 2013
Liyana akan bernikah dengan tunangannya, Fathudin Mazlan pada 2 Februari 2013 di sebelah pagi sebelum bersanding di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sebelah malamnya.
Kira-kira 2,000 tetamu dijemput meraikan majlis persandingan pelakon filem Papadom dan Castello ini.
Menurut ibunya, Habsah Simpon, segala persiapan sudah dipersiapkan dimana kedua-dua mereka kini hanya menunggu hari bahagia untuk disatukan.
Syukur Alhamdulillah, segala persiapan berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, saya doakan yang terbaik untuk mereka berdua," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.
Tambah Habsah, selepas selesai majlis persandingan pihak lelaki nanti, Liyana bakal terlibat dengan penggambaran sebuah telefilem yang bertempat di New York, Amerika Syarikat.
- UTUSAN