Pemohon Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) boleh pinjam bank

Para pemohon Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) boleh membuat pinjaman perumahan melalui empat institusi kewangan bank perdagangan iaitu CIMB, Bank Islam, Maybank dan Bank Rakyat mulai tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Idris Haron berkata, proses permohonan skim tersebut berbeza apabila syarat permohonan pinjaman ditentukan oleh SPNB dan institusi kewangan yang dipohon.

"Pihak bank bersama SPNB menentukan kelayakan hakiki dari pemohon. Sejarah pengurusan kewangan peribadi pemohon mestilah lebih baik berbanding sebelum ini ketika SPNB mengurus secara sendiri," katanya kepada pemberita pada majlis mesra rakyat SPNB di Ipoh.

Katanya, pemohon yang disenarai hitam oleh CTOS atau Credit Tip-Off Service Sdn. Bhd. dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) tidak layak menerima pinjaman.

"Bank boleh beri kelulusan kepada pemohon yang tiada masalah CTOS atau CCRIS kerana bank pemberi pinjaman melanggar dasar Bank Negara jika memberi pinjaman kepada mereka yang tersenarai di dalam sistem itu," katanya.

Beliau berkata, proses permohonan tidak sukar tetapi ia adalah lebih teliti berbanding sebelum ini.

"Proses kali ini bukan lebih sukar tetapi ia hanya lebih cerewet daripada SPNB," katanya.

Idris berkata, SPNB masih menggunakan kaedah IBS dengan mengekalkan keluasan 1,000 kaki persegi yang mempunyai tiga bilik dan dua bilik air.

"Syarat kelayakan pemohon rumah tersebut masih seperti sebelum ini yang mana pemohon mestilah memiliki tanah, ada tanggungan dan pendapatan mestilah tidak melebihi RM3,000," katanya.

Beliau berkata, pada tahun ini, SPNB akan membina 11,800 RMR yang akan bermula di Tambun.

"Pemohon skim rumah tersebut berjumlah 34,678 sejak tahun lepas. Perak adalah antara negeri yang tertinggi (pembinaan RMR) iaitu 1,959 unit rumah sudah siap sejak 2002, yang dibina di 26 kawasan Parlimen negeri ini," katanya.

- BERNAMA
Next Post Previous Post
3 Comments
  • Unknown
    Unknown Isnin, 3 Jun 2013 pada 12:54:00 PTG SGT

    Slm..saya nornizah binti masrin..sya seorg ibu tunggul dan ada 2 org anak sya nak tanya klu apply atas nama org lain ble tak sbb sya mempunyai tanah kosong yg bergeran untk buat rmh..sbb nma saya telah di senarai hitam oleh pihak bank..harsp dot mmbantu tq..

  • nanza65
    nanza65 Rabu, 18 Disember 2013 pada 10:37:00 PG SGT

    Saya Aznan b. Sulaiman, nk tanya ade gambar contoh rumah ke..? saya ada tanah bergeran di kawasan Manjung Perak.

  • mira binti muhammed
    mira binti muhammed Khamis, 19 Oktober 2017 pada 4:00:00 PTG SGT

    saya ingin kembali semua kemuliaan kepada Allah SWT atas apa yang dia gunakan Ibu Rossa lakukan dalam hidup saya, nama saya adalah Mira Binti muhammad dari klang di malaysia, saya seorang janda dengan 2 anak, suami saya mati dalam kemalangan kereta dan sejak itu kehidupan menjadi sangat kasar bagi saya dan keluarganya dan saya telah cuba untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di sini di malaysia dan saya dinafikan dan ditolak kerana saya tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjaman dari bank dan saya sangat sedih
    pada hari ini yang setia ketika saya melalui internet, saya melihat kesaksian Annisa berkarya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Rossa dan saya menghubunginya untuk bertanya tentang ibu Rossa dan betapa benarnya pinjaman dari ibu Rossa dan dia memberitahu saya memang benar dan saya menghubungi Ibu Rossa dan memohon pinjaman dan pinjaman saya diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam saya mendapat amaran wang pinjaman saya dalam akaun saya d…

Add Comment
comment url