Pokok nikmat

Pohon dari spesies Pine Cypress miliki persamaan genetik 98 peratus papan dari bahtera Nabi Nuh, dikatakan mujarab lawan pelbagai penyakit

Mungkin anda pernah mendengar orang memperkatakan mengenai keajaiban amalan pemakanan yang didakwa boleh memanjangkan usia seseorang melebihi purata hayat manusia.

Sejak berzaman lalu, sudah banyak teori dan kajian yang dilakukan saintis di seluruh dunia bagi mencari rahsia di sebalik usia panjang. Baik era mana sekalipun, hingga hari ini, saintis masih berdebat dalam mencari rahsia panjang umur.

Seorang saintis masyhur yang pernah memenangi Hadiah Nobel, Dr Henri Coanda dilaporkan mendakwa, ada lima lima tempat di dunia di mana penduduknya merekodkan purata umur terpanjang iaitu suku kaum di Peru; Ecuador; Georgia; Mongolia dan Lembah Hunza di Banjaran Karakoram, Pakistan.

Di antara lima suku kaum ini, kaum Hunza berada di senarai teratas purata umur panjang iaitu antara 100 tahun hingga 140 tahun, hampir melebihi separuh purata umur manusia.

Pasti ramai tertanya-tanya apakah keunikan Lembah Hunza sehingga penduduknya dikatakan boleh menikmati umur panjang dan sihat walaupun ia kawasan terpencil di dunia.

Hakikatnya, berbalik kepada faktor geografi, kawasan pergunungan Lembah Hunza banyak dikelilingi pokok Pine Cypress. Namun, apakah hubung kait pokok ini usia panjang Kaum Hunza? Persoalan demi persoalan terus bermain sehinggalah ia berjaya dirungkai saintis dan ulama Islam selama lebih 50 tahun.

Pokok Pine Cypress adalah spesies pokok di mana kayunya digunakan untuk membuat bahtera Nabi Nuh AS ketika banjir besar. Setiap apa yang diperturunkan dalam al-Quran dan Islam memiliki kelebihan tersendiri.

Riwayat menyatakan benih pokok yang diturunkan Allah SAW untuk digunakan membina bahtera Nabi Nuh AS datang dari syurga. Namun, kajian moden membuktikan pokok Pine Cypress memiliki persamaan genetik sebanyak 98 peratus apabila dibandingkan dengan spesimen kayu dari tinggalan bahtera Nabi Nuh AS.

Rahsia usia panjang kaum Hunza sebenarnya datang dari kawasan mereka sendiri. Kaum Hunza mendapat sumber air utama dari telaga dan mata air glasier. Akar dari pokok Pine Cypress dan getah menjalar masuk dan jatuh ke dalam sumber air mereka. Kadangkala ada daun dan buah pokok Pine Cypress jatuh dan menjadi sebati dalam sumber air utama Kaum Hunza.

Sehubungan itu, rahsia dan mukjizat pokok Pine Cypress secara tidak langsung dikatakan memberi kelebihan kepada Kaum Hunza dalam memanjangkan usia mereka.

Pokok Pine Cypress adalah sejenis pokok besar, tinggi, memiliki batang yang berjalur, lurus, berdaun halus dan termasuk dalam keluarga pokok Pine.

Pokok ini boleh mencapai ketinggian antara 120 kaki sehingga 450 kaki dan mempunyai batang yang keras, tahan lasak dan bersifat kalis air. Pokok ini banyak tumbuh di kawasan banjaran gunung yang beriklim sejuk selain kawasan berpaya dan becak.

Kajian yang dibuat sangat menakjubkan kerana hampir keseluruhan pokok ini boleh dimanfaatkan untuk tujuan kesihatan maksimum. Paling hebat adalah kajian terhadap getah pokok ini yang dikatakan sangat mujarab dalam merawat hampir semua penyakit atau masalah kesihatan.

Pokok Pine Cypress dikatakan memiliki keupayaan luar biasa berikutan memiliki ciri-ciri anti virus, kuman dan depresif. Ia didakwa mampu melegakan kesihatan dan membantu sistem penghadaman dan perkumuhan supaya berfungsi dengan lebih baik.

Pendek kata, jika penemuan menyeluruh terhadap pokok ini siap berada di tangan, hasilnya sangat menakjubkan. Ini kerana setiap inci pokok ini boleh digunakan dalam tujuan perubatan moden.

Pengamal perubatan Islam dan pengkaji Pine Cypress, Dr Azhar Ali, berkata kajian menunjukkan pokok ini mempunyai bahan fitokimia yang sangat bernilai tinggi untuk kesihatan seperti monoterpenes dan phycenogenol.

“Khasiat dalam tumbuhan ini merangkumi satu ruang lingkup yang sangat mengagumkan. Kebaikannya di dalam mencerna gelombang tenaga dan meningkatkan aktiviti antioksida dengan menghalang radikal bebas.

“Ia turut menjana homeostasis (keadaan harmoni) dalam tubuh badan dan persekitaran, merangsang kepada penyembuhan dalaman, pembaikan dan penjanaan sel baru selain merangsang sistem imunisasi yang lebih baik,” katanya kepada Rona.

Dr Azhar turut menerangkan jika difikir secara logik ketika peristiwa banjir besar Nabi Nuh, semua manusia termasuk haiwan berada dalam satu kapal yang sama dalam satu jangka masa panjang.

Menurutnya, semuanya dilakukan dalam kapal termasuk makan, minum dan membuang najis. Apabila manusia bersama haiwan berhimpun, tentunya pelbagai bau akan timbul kerana masih tiada kemudahan asas seperti kapal pada zaman moden.

“Ketika bencana, berkumpul beramai-ramai pasti akan timbul bau yang kurang menyenangkan selain senang dijangkiti kuman dan pelbagai jenis penyakit.

“Tetapi disebabkan kehebatan kayu Pine Cypress yang digunakan sebagai kayu membina kapal, ia menyerap semuanya dan membunuh segala jenis kuman yang ada. Sebab itu mereka boleh tinggal dalam kapal tanpa sebarang masalah sehingga banjir surut,” katanya.

Dr Azhar berkata, kehebatan dan khasiat pokok Pine Cypress sudah lama terbukti dan saintis Barat sudah menemui kehebatan penggunaan pokok ini beratus tahun sebelum saintis Islam. Namun, beliau mendakwa, atas beberapa faktor semuanya ‘disenyapkan’ begitu saja.

Malah, beliau mendakwa, jika ada penemuan sekalipun, hanya sedikit yang dikongsikan bersama dunia. Selebihnya menjadi rahsia Barat sehinggalah saintis Islam kembali bangun dan memulakan kajian terhadap pokok ini.

Dr Azhar berkata, pokok Pine Cypress walaupun diproses dan dijadikan tongkat atau tasbih, namun apabila diusap, kayunya masih mengeluarkan getah dan kelihatan i basah. Getah dari pokok inilah yang dikatakan mempunyai banyak kelebihan dalam perubatan.

Beliau mendakwa, kajian yang dikendalikan dua saintis Barat iaitu Dr Henri Coanda dan Dr Patrick Flanagan juga tidak disampaikan secara menyeluruh dan telus.

Masih banyak teka-teki yang terpaksa dirungkai sendiri oleh saintis Islam berdasarkan kajian asas saintis Barat.

“Begitu juga dengan kajian terhadap kaum Hunza, mereka tidak mendedahkan Pine Cypress sebenarnya bergabung dengan garam mineral kristal yang mempunyai 84 mineral yang sangat diperlukan oleh sistem badan manusia,” katanya.

Dr Azhar berkata, kaum Hunza mengamalkan diet dalam minuman dan perubatan mereka dengan menggabungkan penggunaan air telaga yang bercampur dengan Pine Cypress dan garam mineral kristal.

“Ini menjadikan air bertenaga dan hidup yang diminum oleh Kaum Hunza,” katanya.

Malah dalam kajiannya, Dr Coanda pernah menyatakan mineral dan garam adalah elemen penting yang ada di Lembah Hunza.

“Bagaimanapun, saya percaya ini adalah kunci rahsia yang tidak pernah didedahkan olehnya kepada khalayak.

“Saya tidak mahu menjawab kenapa mereka tidak mendedahkan punca keajaiban air minuman kaum Hunza, tetapi saya ingin menegaskan bahawa kedua-dua bahan ini adalah mukjizat dari Nabi.

“Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dengan memakan secubit garam akan dapat menghindarkan 330 jenis penyakit. Islam sebenarnya sudah menemui teori perubatan yang hebat tetapi dimanipulasikan oleh Barat,” katanya.

Air Bio Cypress bunuh sel kanser

HASIL kajian bertahun lamanya, Dr Azhar Ali bersama pakar etnologi, Prof Dr Abdul Manan Embong menemui formula khas untuk mencipta sejenis air yang boleh dimanfaatkan semua.

Air Bio Sunnah Cypress bukan saja mempunyai dua bahan mukjizat tetapi ditambah dengan mukjizat terhebat dalam dunia Islam iaitu air Zamzam, menjadikan ia antara air yang mempunyai banyak kelebihan selepas air Zamzam.

“Air Bio Sunnah Cypress boleh membantu memulihkan pelbagai jenis permasalahan dalam perubatan. Ini kerana formula yang dicipta di dalam air ini sangat istimewa dan mempunyai kelebihan berbeza,” katanya.

Hasil kajian Dr Azhar bukan sekadar terhadap air Bio Sunnah Cypress tetapi beliau banyak menggunakan pokok Pine Cypress dalam penghasilan produk perubatan olehnya.

Beliau sedang menyelidik untuk menjadikan pokok Pine Cypress sebagai bahan utama dalam mengubati penyakit kanser dan bidang utama perubatan Islamnya juga menjurus kepada penyakit kanser.

“Saya banyak mengubati pesakit kanser dengan menggunakan pokok ini terutamanya getahnya. Ini kerana terbukti ia boleh membunuh banyak sel kanser dan memulihkan pesakit kanser.

“Kini saya dalam peringkat kajian bersama beberapa agensi untuk menggunakan Pine Cypress dalam mengubati ketagihan dadah dan sebagai vaksin mengubati pesakit AIDS dan HIV,” katanya.

Info

    Rahsia Bio Cypress terletak pada mineral garam kristal dan ekstrak getah Pine Cypress. Garam dikatakan mempunyai kemujaraban yang unik dan suci sebagai pembersih yang meleraikan radiasi serta reaksi protein.

    Kerja-kerja enzim yang unik ini dapat merangsang kejadian sintesis protein yang lebih berkesan. Kombinasi garam kristal dan getah pine cypress akan meningkatkan tenaga molekul serta sel kerana ada unsur yang mengupayakan makromelikul protein yang kompleks iaitu asid deoksiribonukleik (DNA).

    DNA yang terletak di dalam nukleus sel ini mengandungi kod genetik yang membawa maklumat daripada semua organ serta tingkah laku diri.

    Ini membolehkan rangsangan yang betul dan sistematik dihantar kepada DNA supaya organ badan dapat berfungsi dengan baik.

    Kombinasi unik galian mineral ajaib dengan sejenis getah dari spesies pokok bahtera Nabi Allah Nuh AS menghasilkan minuman yang dikatakan dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan manusia.



Kandungan

    Garam Kristal Hunza (84-96 mineral)
    Ekstrak amber pokok Cypress
    Ekstrak daun Cypress
    Air Zamzam
    Air hidrogen

- BERITA HARIAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url