Bajet 2014: Rakyat dipelawa kongsi idea dan cadangan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempelawa orang ramai memberi pendapat dan berkongsi maklum balas mengenai Belanjawan 2014.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata maklum balas daripada orang ramai itu adalah selaras dengan komitmen beliau untuk membentuk belanjawan yang diinspirasikan oleh rakyat.

"Salam 1Malaysia! Tahun lepas idea dan saranan anda telah digunakan dalam beberapa polisi dalam Belanjawan 2013," katanya dalam entri terbaharu Facebooknya.

Belanjawan 2014 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu selaras komitmennya untuk membentuk belanjawan hasil inspirasi rakyat.
“Tahun lepas idea dan saranan anda telah digunakan dalam beberapa polisi Belanjawan 2013 dan sekali lagi mempelawa anda untuk sertai kami, mulai Isnin depan dalam berkongsi maklum balas Bajet 2014,” katanya dalam Facebook, semalam.


Fokus lima aspek

Bajet 2013 yang bertemakan Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati memfokuskan lima aspek utama, iaitu merangsang aktiviti pelaburan, memperkasa pendidikan dan latihan, membudayakan inovasi meningkat produktiviti, konsolidasi fiskal dan mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan mensejahterakan rakyat.

Antara sorotan bajet itu adalah meringankan kos sara hidup dengan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), diskaun PTPTN (pendidikan), subsidi dan insentif padi bernilai RM2.4 bilion (kelestarian bekalan makanan) serta unit rondaan bermotosikal dan pemasangan alat kawalan keselamatan (kejiranan yang selamat).

Pembangunan komuniti

Sorotan lain adalah pembangunan komuniti yang memberi tumpuan kepada program seperti 1Azam dan transformasi komuniti, pasaran bon dan sukuk, dana pembiayaan perusahaan kecil sederhana (PKS) Bumiputera dan dana industri halal (menyokong pelaburan dan PKS), Perumahan Rakyat 1Malaysia dan Skim Rumah Pertamaku (perumahan untuk rakyat) dan aspek kesihatan seperti Klinik 1Malaysia dan pemeriksaan percuma ujian mamogram.

- BERITA HARIAN



Next Post Previous Post
2 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 21 Ogos 2013 pada 2:36:00 PTG SGT

    SA'ADIAH BINTI SHUIB KP: 650311105884
    Saya mencadangkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia mempertimbangkan semula imbuhan khas untuk guru-guru sama ada di sekolah, kolej matrikulasi, IPG, IAB yang memiliki ijazah lanjutan sama ada ijazah sarjana mahupun ijazah PhD. Ini selaras dengan tujuan Bajet 2014 untuk memperkasakan pendidikan dan latihan, dan sebagai imbuha kepada guru-guru yang telah sanggup menyahut seruan Kementerian Pendidikan untuk memperoleh ijazah lanjutan, demi transformasi pendidikan negara. "Mereka ini telah banyak berkorban masa dan kewangan. Tidak salah rasanya mereka diberikan ganjaran untuk nilai tambah yang dimiliki. Pemberian imbuhan khas dengan kenaikan dua tangga gaji untuk lulusan ijazah sarjana dan tiga tangga gaji bagi pemegang PhD adalah wajar diberikan kepada mereka.

    Cadangan saya yang kedua, berdasarkan baget 2014 untuk meringankan kos sara hidup, saya merayu agar kerajaan mengkaji semula harga rumah yang kini rata-ratanya melambung naik dala…

  • Unknown
    Unknown Isnin, 26 Ogos 2013 pada 7:29:00 PG SGT

    assalamualaikum dato'sri saya ingin berkongsi pandangan saya kpd dato sekarang malasah paling besar di malaysia adalah br1m dan bantuan yg sepatutnya tidak perlu di bagi..saya rasa dato tidak perlu membelanjakan wang semua 2 kpd rakyat tolong la duit itu dibayar hutang malaysia kpd hutang dunia cuba fikirkan untuk masa akan datang??generasi muda skrg sudah hilang pertimbangan dengan malaysia saya amat takut dato saya syg malaysia jika dato inginkan idea yg lebih bagus dato rujuk la pada dato"dr.mahatir mohamad.. beliau lebih berpengalaman dalam hal dunia dan tanah air kita Malaysia...
    kami sayangkn Malaysia...
    saya memohon maaf jika tersilap sesuatu perkataan yang saya ungkapkan.
    selamat hari raya maaf zahir dan batin

Add Comment
comment url