Bantuan Hari Raya (iDanaTTB) Kerajaan Terengganu - Tarikh Tutup Permohonan 21 Mei 2016



Bantuan Hari Raya (iDanaTTB) Kerajaan Terengganu

Borang pemohonan IdanaTTB  2016 bagi Bantuan Hari Raya yang telah layak pada tahun 2015 TIDAK perlu  print(CETAK) borang tersebut,

2.      dan jika ada pertambahan maklumat keluarga pemohon perlu print (CETAK) borang tersebut  dan perlu diisi maklumat berkaitan dengan tulisan tangan.

Contoh : Perubahan Gaji, Perubahan Pekerjaan, Pertambahan Tanggungan dan lain-lain *perlu di print dan cop pengesahan J3K Kampung masing-masing*

PEMOHON YANG GAGAL SAHAJA PADA PERMOHONAN TAHUN 2015 dan

Pemohon yang BERTUKAR KATEGORI.

Contoh :

a)      Pemohon Bakti Remaja yang layak 2015 telah berkahwin yang ingin memohon Dana Perayaan,

b)      Isteri kematian suami  dimana suami adalah pemohon layak 2015,

c)       Pemohon layak 2015 kategori Ibu Tunggal/Duda yang telah berkahwin,

d)       Pemohon yang telah mencapai usia 65 tahun bagi permohonan Warga Usia Emas dan lain-lain.

Bagi pemohon yang telah layak pada tahun 2015, TIDAK PERLU memohon KECUALI bagi mereka yang terlibat sebagaimana perkara (a – d) di atas.

Pemohon yang terlibat dengan perkara (a – d), perlu menghubungi Pejabat Daerah atau Penyelaras DUN untuk MEMBATALKAN permohonan bagi kategori terdahulu (2015).

Setelah permohonan berjaya dibatalkan, pemohon hendaklah memohon semula secara online.

Pastikan jika selesai memohon secara online, pemohon DIWAJIBKAN CETAK borang permohonan dan serahkan kepada Pengerusi J3K sebelum 21 Mei 2016 bagi tujuan pengesahan dokumen.

Sila bawa salinan dokumen sebagaimana yang dinyatakan di dalam cetakan borang permohonan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Rakyat Negeri Terengganu (Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri
Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Pengerusi JKKK kawasan masing-masing.
2. Pemohon hendaklah Ketua Isi Rumah sahaja.
3. Jumlah pendapatan bulanan Ketua Isi Rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan.
4. Bagi pemohon yang belum berkahwin hendaklah berumur melebihi 40 tahun serta berpendapatan tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
5. Kontraktor berdaftar dan peniaga berlesen tidak layak memohon.
6. Borang permohonan hendaklah dikemukan kepada Pengerusi JKKK masing-masing berserta salinan dokumen berikut :
i. Kad Pengenalan Pemohon
ii. Slip Gaji atau Slip Pencen Terkini
iii. Salinan Surat Nikah
7. Bagi mereka yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mengemukan surat pengakuan pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau Penghulu Mukim.
8. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Terengganu.
9. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ini ditolak.
10. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.

http://danattb.terengganu.gov.my/

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url