Rakyat Malaysia Dapat Serangan Jantung Pada Usia Muda



Rakyat Malaysia mendapat serangan jantung pada usia yang lebih muda berbanding penduduk di negara-negara lain, demikian menurut satu kajian.

Laporan Tahunan Pangkalan Data Kardiovaskular Negara menyatakan hampir satu perempat daripada pesakit jantung di sini adalah di bawah umur 50 tahun.

Menurut laporan itu, 17.6 peratus adalah berumur 40 hingga 49; 5.6 peratus berumur antara 30 dan 39; dan 1 peratus berusia 20-29.

Sebagai perbandingan, purata umur pesakit serangan jantung di Kanada adalah 71,66 di Amerika Syarikat, lebih 50 di Britain dan 61 di Singapura, demikian menurut laporan di Internet.

"Pesakit sindrom koronari akut (ACS) di Malaysia adalah lebih muda berbanding mereka yang direkodkan di Barat," kata ketua editor laporan itu, Prof Datuk Dr Wan Azman Wan Ahmad.

Pesakit ACS mengalami beberapa gejala akibat serangan jantung, termasuk sakit dada semasa melakukan senaman yang minimum.

Kira-kira separuh daripada mereka juga menghadapi tiga atau lebih faktor risiko - menjadi obesiti yang paling biasa, diikuti oleh tekanan darah tinggi, kencing manis, merokok dan kolesterol tinggi.

Prof Wan Azman berkata kadar kematian di hospital akibat serangan jantung di negara ini masih sangat tinggi.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran rawatan baharu untuk penyakit arteri koronari, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut beliau, orang Cina cenderung untuk mengalami ACS pada usia yang lebih tua, berbanding Melayu dan India.

Sementara itu kata golongan lelaki lebih terdedah kepada ACS berbanding wanita.

Beliau memetik statistik daripada Laporan Tahunan NCVD-ACS Registry 2011-2013.

- mSTAR
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url