Top Ad 728x90

, ,

Elaun pelatih kerajaan diperkenalkan semula - Syed Saddiq


Kabinet bersetuju memperkenalkan semula pembayaran elaun kepada pelatih (intern) yang berkhidmat di bawah kerajaan, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

"Kewajipan membayar elaun ini akan merujuk kepada pekeliling yang akan dilaksanakan di setiap kementerian dan agensi kerajaan," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Kementerian Belia dan Sukan serta dikongsi di laman sosial miliknya.

Syed Saddiq berkata, skim pembayaran kepada pelatih akan dinilai mengikut beberapa kriteria yang akan ditetapkan dan ia akan dilaksanakan bagi kemudahan pelatih.

"Ini adalah permulaan kepada dasar untuk mewajibkan latihan berbayar (paid internship) dan saya berharap ia akan ditetapkan sebagai satu standard di Malaysia yang merentasi sektor awam dan swasta," katanya.

Syed Saddiq baru-baru ini dilaporkan berkata, akan membangkitkan isu latihan praktikal berbayar pada mesyuarat Kabinet.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas kabinet bagi membincangkan isu berkaitan anak muda.

- Bernama

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90