Top Ad 728x90

,

Warisan Plus guna 3 logo

 

Warisan Plus akan menggunakan tiga logo semasa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tiga logo tersebut ialah Warisan, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Logo Warisan akan digunakan oleh Warisan sendiri, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) manakala calon UPKO dan PKR akan menggunakan logo masing-masing," katanya ketika mengumumkan perkara demikian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC.


Mohd Shafie berkata, setakat ini Warisan, DAP, UPKO dan Amanah akan bertanding di 66 kerusi, manakala selebihnya akan ditandingi PKR yang akan membuat pengumuman mengenai perkara itu kemudian.

Warisan mendapat 46 kerusi, UPKO (12 kerusi), DAP (tujuh kerusi), PKR (tujuh kerusi) dan Amanah (satu kerusi), menyaksikan mereka bertanding di kesemua 73 kerusi DUN Sabah.

Mohd Shafie yang juga Ketua Menteri akan mempertahankan kerusi DUN Senallang.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata, Warisan Plus mengetengahkan ramai calon baharu terdiri daripada golongan muda bagi menghadapi PRN Sabah kali ini.

Kata beliau, Warisan dan parti komponennya sepakat memilih majoriti muka baharu yang dikira berpengalaman sebagai ilmuan, bekas pentadbir kerajaan, usahawan dalam bidang masing-masing.

"Ini adalah gandingan muka baharu dengan muka lama, sedikit sebanyak membolehkan supaya yang baharu dapat melihat bagaimana kerja oleh orang terdahulu," katanya.

Mengulas mengenai tujuh kerusi DUN yang diberikan kepada PKR, Mohd Shafie berkata, ia adalah berdasarkan keupayaan supaya kemenangan dapat direalisasikan.

"Saya mendapati itu berdasarkan akar umbi, jumlah ahli bahkan dari segi keupayaan mereka untuk memberi sumbangan ke arah kemenangan setiap kerusi yang kita tandingi.

"Oleh itu, rundingan demi rundingan, perbincangan demi perbincangan, persoalannya bukan hanya mengagihkan kerusi kepada mana-mana pihak, ini merupakan untuk membolehkan memenangi pilihan raya," katanya.

Beliau turut menjelaskan, UPKO mendapat kerusi yang banyak kerana parti itu hanya bertanding di Sabah, manakala PKR mempunyai kerusi yang banyak di negeri lain.

"UPKO tidak bertanding di banyak negeri, tidak di Sarawak, Perlis, Kedah atau Selangor, mereka (PKR) jumlah kerusi banyak tapi sekurang-kurangnya kehadiran mereka tidak semestinya jadi calon.

"Kita agihkan penyertaan dalam pemerintahan kerajaan negeri contohnya PKR menjawat jawatan tinggi jadi Timbalan Ketua Menteri," katanya.

Sumber : Sinar Harian

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90